TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, May 27, 2013

AKUPUN BLACKOUT

          
Bila Anwar Ibrahim menyatakan akan terus mengadakan himpunan "Blackout 505" di seluruh negara dan akan berterusan sehingga tidak ada lagi penipuan dalam sistem pilihan raya di negara ini, aku jadi blackout. 

Nak buktikan tak ada penipuan dalam sistem pilihanraya, maknanya kena jumpa sekali lagi pilihanraya umum yang mana Nuar akan mencuba nasib sekali lagi untuk jadi PM Malaysia. Lama lagi tu!

Sementara nak tunggu tempoh tersebut, apakah kita ingin terus melihat sahaja Nuar mengganggu gugat kestabilan kerajaan yang dah rakyat pilih? Apakah 319 calon BN iaitu 89 kerusi Parlimen dan 230 kerusi DUN yang kalah kepada calon-calon Pakatan Rakyat tak tertipu? Mereka semua bertanding kerana yakin menang. Kenapa mereka tak menang? Apakah Nuar Berahim bersekongkol dengan SPR di kawasan ini?

Kalau 319 calon BN yang kalah ini boleh menerima kekalahan, kenapa Nuar Berahim tak boleh terima hakikat? Tak ada pulak calon BN menuduh SPR atau calon Pakatan Rakyat yang bukan-bukan. Tak ada pula Ghani Othman ke, Ali Rustam ke mahupun Ibrahim Ali yang ada Perkasa tu berarak jadi lecturer kat jalanraya ataupun stadium.

Bila dah begini keadaannya, aku jadi blackout. Blackout, bila agaknya Nuar Berahim ni nak mampus? Hidup hanya menyusahkan orang lain sahaja. Tak sabo rasanya. 


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI