TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, May 28, 2013

KALAU PKR SELANGOR BOLEH, UMNO JOHOR SEPATUTNYA LEBIH BOLEH

    
PKR Selangor dah mula langkah, mana-mana yang tak menyokong PKR atau Pakatan Rakyat dalam GLC Selangor, mahu dicantas. Menurut Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafiei, beliau merasakan "kapak kita" sudah cukup tajam untuk memasuki mana-mana GLC dan majlis tempatan untuk bertindak terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan dasar parti.
    
     
Wowww...garang betul PKR Selangor ni. Ini baru masuk 2 penggal aje mereka memerintah Selangor. Habis semua nak dicantas. Dia tak sedar kalau kerajaan BN atau UMNO mengamalkan sikap seperti itu dahulu, puak-puak Pakatan ni bukan kata nak berbuah, nak bertunaspun tak mampu!

Kalau dah begitu hajatnya, eloklah kerajaan Johor yang diterajui oleh UMNO buat juga perkara yang sama. Masuk ke semua GLC-GLC. Mana-mana yang tak sokong kerajaan, yang bukan ahli UMNO, keluarkan. Sesetengahnya memang menjadi duri dalam daging, datang dari luar Johor, cari makan dalam GLC Johor tetapi tanpa segan silu menentang kerajaan yang memerintah Johor.

Mana-mana apek yang tak sedar diri, dulu melutut mintak kontrak dengan GLC Johor, kini bersorak bila DAP menang banyak kerusi, buang! Tamatkan kontrak. Orang Melayu, orang UMNO juga dah ramai yang berniaga dan membuat kontrak sekarang ni.

Pengaruh puak Pakatan dalam GLC di Johor ni banyak disebabkan oleh kesilapan lampau yang mana kebanyakan jawatan utama dilantik dari kalangan bukan anak Johor. Kenapa? Pengurusan yang datangnya dari kalangan bukan anak Johor inilah yang tak sedar diri. Walhal anak-anak Johor ramai yang berkemampuan. Kalau dah terajunya senget, maka yang belakangnya pasti sedikit sebanyak akan senget juga.

Yang senget dalam GLC Johor ni bukannya sedikit, cuma malas nak namakan GLC tersebut. Eloklah yang senget ini dibersihkan dari GLC Johor dan sedekahkah kat kerajaan PKR Selangor. Jangan lambat, sementara kita masih lagi boleh berbangga dengan "Johor Tiang Seri UMNO".


1 comment:

Anonymous said...

jahanam..jahanam...anak melayu mcm shuhaimi ejen penjahanam melayu

ARTIKEL HANGAT BULAN INI