TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, May 9, 2013

ANWAR TAK HORMAT PENGUNDI


Anwar Ibrahim bukanlah pendokong politik demokrasi sejati. Dia adalah ahli politik syok sendiri. Ahli politik yang tak menghormati pengundi dan proses demokrasi.

Sepatutnya selepas selesai PRU ini, Anwar berganding bahu bersama sesiapa sahaja yang menang untuk terus memastikan negara terus makmur, negara terus aman, bukannya mengajak segelintir rakyat berhimpun untuk mempertikaikan apa yang telah dipilih dan diundi oleh rakyat. 

Kenapa mesti Anwar dan Pakatan Rakyat mempertikaikan apa keputusan yang keluar selepas PRU? Kalau setiap keputusan pilihanraya yang tidak memihak kepadanya mahu dipertikaikan, boleh sahaja pihak dari Barisan Nasional mempertikaikan keputusan di Selangor, keputusan di Pulau Pinang dan juga keputusan di Kelantan. Tapi mengapa ia tidak berlaku? Malah boleh juga kita pertikaikan kemenangan Anwar, kemenangan anaknya Izzah, kemenangan Guan Eng dan ramai lagi terutamanya yang menang dalam negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Ini tidak berlaku kerana kita di Barisan Nasional menerima hakikat bahawa rakyat telah memilih untuk menolak parti kita.

Anwar harus ingat, dengan mengumpul pengikut penuh satu stadium belum mencerminkan kemenangan keseluruhan bagi satu Malaysia. Apalah sangat nak diukur dengan pengikut yang penuh satu stadium itu jika dibandingkan dengan penerima BR1M yang jauh berlipat kali ganda lebih ramai, namun undi Barisan Nasional tetap merosot. Tak pulak terdengar di kalangan pemimpin mahupun pengikut Barisan Nasional menyalahkan puak Pakatan Rakyat atas kekalahannya?

Melihat kepada gelagat dan kelakuan Anwar ini, kesimpulan yang dapat dibuat ialah dia bukannya berpolitik untuk rakyat dan negara. tetapi Anwar berpolitik hanya semata-mata untuk menunaikan nafsu dendamnya yang tak padam dan dendamnya itu hanya akan terlerai sekiranya dia mendapat kuasa penuh sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya benar dia berpolitik untuk rakyat dan negara Malaysia, Anwar sudah boleh berpusahati dengan pencapaiannya pada PRU 13 yang lalu yang menyaksikan bahawa suara pembangkang sudah cukup kuat untuk tidak dihiraukan.

Namun, Anwar tak akan puas. Kerana tanpa jawatan Perdana Menteri, segala dendam politiknya selama ini tak akan terlerai. Dan kegilaannya untuk menghuru-harakan negara akan berlebihan lagi pada kali ini apabila telah ada pengiktirafan dari Amerika terhadap perjalanan PRU yang lepas. Dengan pengiktirafan tersebut, sebagaimana biasa mana-mana "kuda" Amerika sebelum ini di negara-negara lain, akan hilanglah segala "keistimewaan" yang pernah dikecapinya dari negara Uncle Sam tersebut dan sekutu rapatnya. 

Kepada rakyat jelata sekaliannya, pilihanraya dah berlalu. Cukup-cukuplah berpolitik. Sama-samalah pula sebagai warganegara, kita ketepikan segala fahaman dan pegangan politik kita, menyokong parti yang memegang kuasa, hormati piliahn majoriti pengundi agar segala perancangan mereka untuk memaju, memakmur dan mengamankan negara dapat berjalan dengan lancar. Jangan layan dah segelintir manusia yang mahu memperbodohkan rakyat demi cita-cita politik dan kuasa mereka. Kalau negara maju, negara makmur, negara aman, kita juga yang senang. Musim berpolitik dah tamat! Tunggu empat tahun lagi, kita buka semula buku politik.


2 comments:

Anonymous said...

Pakar dalam menimbulkan huru hara. Klu aku la, dah lama aku sumbat dalam jel. Menyusahkan orang je.

Aku suspek, dia nak sangat jadi PM supaya dia boleh batalkan kes Liwat 2 untuk perbicaraan Julai nanti. Itu adalah matlamat utama dia. Dia seperti dah tercium bau pintu penjara sekarang ni.

Anonymous said...

Jenis makhluk yang takde kehormatan macam dia ni mana tau nak hormatkan orang, perkara paling basic macam tu pun dalam jiwa dia takde. Cakap bukan main hebat lagi melantun berdegar2 tapi bunga saja lebih isi satu pun takdak!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI