TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, May 1, 2013

JOHOR MASIH STEADY


Biarlah puak Pakatan nak melalak apa sekalipun di Johor ini, namun aku masih percaya, Johor masih lagi kubu BN. Masih steady, malah aku rasa lebih kuat dari dulu. BN semakin teguh di bumi bertuah Johor ini. Tekad orang Johor untuk menafikan sebarang kerusi untuk Pakatan terutamanya DAP semakin meluap-luap.

Hal ini dapat aku terjemahkan apabila aku hadir ke program bersama Tan Sri Muhyiddin di Felda Ulu Tebrau pada siang semalam (30 April). Sepanjang perjalanan aku ke lokasi, aku tak nampakpun kelibat bas-bas yang berderet (selalunya orang kata, kalau menteri datang, banyak bas akan disediakan). Timbul juga kebimbangan di hati, agaknya berapa orang le yang datang untuk bersama TSM?

Aku sampai jam 3.00 petang. Jalan di Felda Ulu Tebrau jammed! Nak cari parkingpun susah. Ketika aku sampai ke lokasi, TSM belum hadir lagi. Ustaz Ismail Mina sedang berucap. Mak datukkk... ramainya manusia. Terpegun sekejap aku. Rupanya ramai lagi yang sayangkan kepada pemimpin dan parti Barisan Nasional ini. Walaupun berkenderaan sendiri, hadirin melimpah keluar dari khemah yang disediakan. Melayu, India, Cina... semua ada! Rupanya ramai yang dari luar Felda datang untuk menunjukkan sokongan. Menurut tafsiran aku, ada dalam 10,000 yang hadir.

Bagi aku ini sangat hebat. Program dalam Felda yang cuma diberikan air mineral dan pamplet dengan sebegini ramai hadirin. Apakah ini kebangkitan semula sokongan terhadap BN? Aku yakin ya! Tranformasi yang dibawa oleh DS Najib telah berjaya menyedarkan rakyat. Rakyat masih mahukan kerajaan yang mendahulukan rakyat dan menepati janji. Berpuashati dengan suasana sambutan, aku cuma mengambil gambar dan terus meninggalkan majlis tanpa menunggu ketibaan TSM kerana bimbang lambat ke program lain sekiranya bersesak keluar bersama-sama hadirin yang diluar jangkaan aku itu. 
     


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI