Mula-mula akal aku susah juga nak terima bila puak Pakatan Rakyat melaung ke hulu ke hilir kononnya kalau mereka menguasai Putrajaya, harga petrol akan diturunkan.
Tetapi setelah aku melihat gambar bahan kempen mereka ini, barulah aku faham. Kalau rakyat tak teliti, maka akan tertipulah dengan dakyah kempen mereka. Rupanya bukan sahaja harga petrol yang akan diturunkan, tetapi kualiti petrol itu sekali akan diturunkan sekali.
Tapi, kepada yang ingin sangat harga petrol itu diturunkan, cuba fikir semula, apakah kenderaan anda boleh atau sesuai dengan kualiti petrol pada tahap RON 92? Isyh...isyhh...isyhhh... kat tempat aku dah tak ada nampak pulak stesen minyak yang jual petrol RON 92.
6 comments:
Assalamualaikum
Grade RON mmg menunjukkan quality level dari segi kandungan plumbum.
Tolong buat research sebelum buat kenyataan yg menunjukkan kebodohan.
Tpt kita ada ROM 95 dan 97, RON 92 hanya wujud bila kita pejam mata. Hati2 dengan penipuan phakatan ini, nanti mereka kata, kita hanya nak turunkan RON 92, salah najib la sebab hapuskan RON 92.. ala, phakatan kan pakar spin.
La...minyak petrol turun tapi rupanya ada penipuan. kompom ramai orang pikir RON95 yg turun. bila tengok kat tawaran diorng hanya nak turunkan harga petrol, tak spesifik pun pada RON apa. apa yg penting "manifesto bukan perjanjian - MB Selangor"
Ya ata botol lu punya cakap .....
... yang berkorban apa saja hanyalah yang ada dibawah, RAKYAT terus menjadi korban sedangkan yang dipanggil ELIT UMNO bermewah-mewahan sampaikan BIL air di rumah Perdana Menteri tu sampai RM40,000 sebulan semata-mata hendak memandikan BADAK berendam yang beli cicin sampai seharga RM24juta dengan duit RAKYAT
.... yang dikorbankan hanya ahli UMNO yang bersumpah setia, walaupun tetap miskin setelah berkorban untuk part selama puluhan tahun...
.... kadang-kadang kesian juga tengok keadaan ahli ahli UMNO ... walaupun tegar menyokong UMNO, masih hanya mampu minum steguk kopi diwarong yang hanya sibuk setiap kali musim pilihan raya ....
.... bandingakan apa yang dibuat olrh MIC dan MCA, paling tidak mereka memberikan saham kepada ahli-ahli mereka, insuran kesihatan, dan khidamta wakil rakyat [walaupun akhir-akhir nya wang SAHAM MAIKA dan KOPERASI MCA MCA dilibas juga oleh pemimpin parti...]]
... kesian ahli-ahli UMNO ini, kalau dibandingakna dengan taraf kehidupan seorang Ketua Bahagian UMNO - yang mampu berumah puluahn juta, mampu mempunyai kereta mewah dan mengaut keuntungan dari segala projek kerajaan .....
mungkin sudah sampai masa kenapa ahli-ahli UMNO harus mencontohi kesedaran Timbalan Ketua Wanita UMNO - pegerakan UMNO yang menjadi sayap terkuat dalam UMNO menjadi korban para pemimpin UMNO yang hanya berkerja saling menjatuhkan setalah berada diatas ... mungkin ahli-ahli UMNO harus juga merenungkan kenapa Naib Presiden UMNO seperti Muhammad Taib menyedari UMNO tidak lagi bergerak dengan tujuan asal UMNO ...
mungkin sudah sampai masa ahli-ahli UMNO menyedari bahawa UMNO sekarang hanya kelab elit yang digunakan oleh para pengusaha sebagai cara untuk mengaut keuntungan dibumi Malaysia ....
Kena kesian juga juga dengan ahli2 Pas yang daif tapi Tok Guru nya tanah berlot lot
i agree sekarang minyak naik.....
Post a Comment