TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, May 12, 2013

TEPUKAN GEMURUH SAHAJA TAK CUKUP

Membaca berita betapa bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah mendapat tepukan yang bergemuruh apabila menyeru agar kerajaan menghapuskan sekolah jenis kebangsaan  yang tidak diiktiraf perlembagaan rasanya tidak cukup kerana rasanya hadirin yang hadir dalam Seminar Pasca PRU 13 itu semuanya bukan calang-calang orang.

Eloklah yang bertepuk menyokong itu berbuat sesuatu tindakan susulan agar apa yang ditepukkan itu akan menjadi kenyataan. Sebagai rakyat biasa, aku yakin sekiranya hadirin yang bukannya calang-calang itu membuat satu gerakan dan desakan, pasti suatu hari nanti akan hanya ada satu aliran sahaja persekolahan di Malaysia ini iaitu aliran kebangsaan.
    
     
Sebelum menjadi lebih parah lagi perpecahan rakyat disebabkan oleh aliran-aliran sekolah ini selain dari ianya dijadikan tawar-menawar politik, eloklah disegerakan sekolah satu aliran di Malaysia ini. Kalau bekas hakim Mahkamah Rayuan dah mengatakan bahawa sekolah jenis kebangsaan itu tidak diiktiraf oleh perlembagaan, apa yang ditunggu lagi?


2 comments:

Anonymous said...

Siapa yg boleh baca isi hati manusia? Hanya Allah sahaja yg boleh membaca walaupun "lintasan" hati manusia. Oleh itu marilah kita sama berikhtiar untuk mengatasi masalah dan cabaran di hdapan kita. Ramai yg pandai bercakap, bila buat kerja belum tahu lagi.

Anonymous said...

Ikutbsingapura KHIDMAT NEGARA wajib selama 2 tahun untuk membentuk remaja, buka 3 bulan yg menguntung pihak yg supply makana, tramsport, pakian PLKN, sewa kem..Dasar kerajaan yg merugikan hansilnya ZERO..fikirkan

ARTIKEL HANGAT BULAN INI