TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, June 23, 2013

AWAS!...FITNAH BLACKOUT

      
Awas fitnah-fitnah dari Pakatan Rakyat yang bakal ditujukan kepada pihak pemerintah. Mereka akan mencipta pelbagai fitnah untuk menyalahkan pihak berkuasa dalam menangani himpunan Blackout mereka.

Kalau bukan untuk tujuan fitnah, apakah motif seorang peserta Blackout ini mengikat tangannya dengan dawai? Dan mengapa pula jurufoto mereka begitu beria mencari sudut terbaik untuk mengambil gambar tersebut?

Ini adalah antara gambar-gambar sedang beraksi yang kita jumpa. Bagaimana pula dengan entah berapa banyak lagi aksi-aksi untuk fitnah pihak berkuasa yang tidak kita jumpa yang mungkin akan berlegar di ruang siber?

Berhati-hatilah dengan apa-apa jua dakwaan yang bakal mengisi media-media siber puak Pakatan Rakyat selepas ini. Mereka cukup handal untuk mencipta persepsi. Mereka cukup bijak untuk meraih simpati dan mereka juga cukup hebat untuk membakar semangat kebencian. Kalau tak begitu, takkan Nuar Berahim tabik spring kat anak-anak didik dia ni!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI