TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Wednesday, July 24, 2013

BONUS RAYA, NAJIB JADI GAGAP, KHALID JADI GARANG

          
MB Selangor, TS Khalid Ibrahim dengan bangganya mengumumkan bahawa kakitangan awam negeri Selangor akan diberi bonus satu bulan gaji untuk sambut raya. Senyum lebar kakitangan awam Selangor. 
       
            
Ingatkan TS Khalid akan gagap bila nak umumkan bonus raya ni. Rupanya DS Najib yang tergagap. DS Najib cuma mampu pujuk kakitangan awam dengan hanya bonus RM500 sahaja.

Apa tak gagapnya DS Najib, walaupun dah umum satu bulan bonus, TS Khalid awal-awal lagi dah umum akan lawan jumlah bonus kakitangan awam persekutuan. Nampaknya DS Najib tak berani nak sambut cabaran TS Khalid dalam bab bonus raya ni. Patutnya DS Najib jangan kalah, bagi penjawat awam 3 bulan bonus raya, baru ada gaya jadi PM yang pandai cari duit, kerajaan pusat boleh lawan dengan kerajaan negeri! Tak ke gitu... baru le eksyen jadi PM!!!


11 comments:

Anonymous said...

ok la tu, Najib umum jugak RM 500 utk kakitangannya. Hujung tahun ni ada lagi bonus menanti kakitangan awam persekutuan. Selangor hujung tahun lepas takde bonus, dah lepas pembubaran PRU-13 dulu baru nak beri bonus/ rasuah RM300 pada kakitangan kerajaan Selangor. Hujung tahun ni belum tentu kerajaan Khalid akan umumkan bonus, perap dulu sampai ada PRK kat Selangor, baru umum pemberian bonus....

Anonymous said...

Alhamdulillah la tu, ramai kat swasta cuma dpt gaji pokok dgn sikit OT je, pandai pandai le bajet.

usin said...

alhamdulillah kalau benar setengah bulan. bonus yg akan dpt tu pandai2lah guna. jgn lupa teruskan move boikot apa yg patut jgn mabuk sakan hanya kerana setengah bulan gaji!!! segunung duitpun akan habis kalau tak reti berhemah berbelanja...

Anonymous said...

Syukur lah untuk penjawat kerajaan Selangor. Sebenar nya kerajaan PR Selangor sudah silap kira-kira demi kegilaan populis. Jadi Kerajaan Selangor sudah "jump the gun" nak kiasu kerajaan BN. La nie, Kerajaan Selangor sudah terlajak....jadi go-head lah dengan bayaran 1 bulan bonus. Penjawat happy2.....tapi PR terkedu dan malu terkucil...kira-kira kena kencing lah bila informer dalam kerajaan BN sudah silap bocor rahasia....padan muka PR

Anonymous said...

Syukurlah dapat juga bonus....kerja swasta yang tak dapat ni pun bersyukur juga....jangan jadi kakitangan kerajaan yang ashik nak mengugut sahaja...sedangkan andalah yang dapat buget terus daripada kerajaan setiap tahun...mana ada gaji kena potong ke tahun depan.....

Ini tidak bila tak dapat ashik nak salahkan kerajaan...kerja mutu sama je.....bila dapat sikit nak memberontak..nak boikot....belanja tak cukup la....tapi realiti sibuk tambah hutang...overlap...nak tkau kereta....nak renovate rumah la...

Cubalah bula gaji naik tu dok pakat beli tanah cina ke...atau paling tak beli tanah melayu yang freehold jangan terlepas pada cina......Tak berapa kerat pun yang buat.....yang ramai ashik tak puas hati dan tak pernah cukup.

Anonymous said...

ko bagi RM500 je kat penjawat awam untuk raya najib? jenis tak kenang budi punya keturunan. Tanda-tanda nak jadi macam paklah dah ada pada najib. ko rasa kalau kak ros dapat RM500 apa dia boleh beli? korang tak pe la, minyak pakai duit gomen, toll free, buat open house claim dengan gomen, bg duit raya pakai duit gomen. yang kami ni ko nak seksa mcm ni? Mmg la tak de kepala otak kalau bahasa kampong nya. Pikir2 la sendiri... ko bg 1 KGT, income tax collect balik tambahan buatkan kenaikkan aku just RM40 je. Cerita dok canang satu Negara.

Anonymous said...



ade bntuan 500 dah kire baik. pesara dapat 250. org kpg yang getah murah, sawit turun harge sape nak bantu? belajar2lah bersyukur. najib dah tentu buat yang termampu. 1.4 juta kakitangan awam campur 660ribu pesara nak pakai berapa banyak duit??

Anonymous said...

Dah gaji tinggi kenalah bayar cukai...tak nak bayar cukai banyak...bayar zakat...yang ni wajib.....jangan selalu kata hak kita je....ada yang dalam hak kita juga kepunyaan orang lain.....cuma nak pulangkan sahaja.....

Kerajaan tak zalim, u kena tax Rm2000...so bayarlah zakat RM2000....masalahnya orang kita kita cuma tahu zakaf fitrah sahaja...zakat pendapatan?....

Dok melalak pung pang...pung pang...pak cik mak cik duduk kampung pun tak mengeluh bagai.....pakai ikut keperluan dan bahagia juga...boleh juga hantar 5 orang anak masuk U......harga getah/sawit naik atau turun hidup mesti diteruskan...tanah jangan cepat nak jual.

efa said...

nk pasti lg ni sume yg gov keje Selangor dpt kn..sy pelik ade ckp xdpt padahal keje under kementerian pembangunan wanita

Anonymous said...

kerajaan selangor jer ker?kerajaan negeri lain macam mana?kakitangan kerajaan selangor puluh ribu jer boleh lah bagi lebih..kakitangan awam persekutuan 1.4 juta + golongan pencen...subsidi barang dari kerajaan persekutuan kan diberi setiap hari

supian said...

alhamdulillah.. dapat duit raya . hujung tahun sok harap dapat pula (bonos) belanja anak nak sekolah. majoriti penjawat awam adalah Bumiputra/melayu muslim. berbelanjalah di kedai melayu muslim.sama-sama bersyukur sama-sama berdoa untuk kesejahteraan umat.beri banyak pun akan berlaku pembaziran.beri beransur-ansur. ingat pesan tentera anai-anai.. ABC.. Yang dah gi jauh tu makan masa nak patah balik kecuali hidayah Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI