Dengar khabarnya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat, akan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor yang ke 10 dalam pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin esok.
Beliau dijangka mengangkat sumpah untuk porfolio Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Pasir Pelangi.
Tahniahlah YB Ayub. Semoga dengan duduknya dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Ayub akan dapat menyumbangkan lebih banyak suara bukan sahaja untuk portfolionya tetapi juga berkaitan dengan pelaksanaan hudud yang menyebabkan Datuk Ayub sedikit popular satu ketika dahulu hinggakan ramai di kalangan ahli UMNO sendiri yang menjangkakan bahawa Datuk Ayub akan tercicir dari menjadi calun untuk PRU 13 dek penangan hududnya itu.
Inilah yang dinamakan rezeki. Siapa menjangkakan. Dari dijangka tak tercalun semula, tiba-tiba dapat pulak jawatan EXCO yang sepatutnya disandang oleh wakil MCA yang marah bebeno dengan Datuk Ayub dulu. Sekali lagi.... tahniah!
No comments:
Post a Comment