Esok lusa, ramai yang dah berkumpul dengan adik beradik, dah jumpa semula kengkawan lama kat kampung sebab berhari raya. Bila dah berkumpul tu, masa berborak tu korang jangan lupa tau... kita pakat-pakat gossip pasal TS Muhyiddin Yassin ni.
Bukannya apa, aku heran juga, kenapa dia takut sangat nak lawan DS Najib? DS Najib sekarang ni bukannya bagus sangat. Seronok juga nak tengok orang Johor berani bangun untuk menawarkan nafas baru kepada UMNO dan Malaysia. Ya lah... kalau menang lawan Najib masa PAU nanti, TSM Muhyiddin bukan lagi TPM, tapi akan jadi PM. Tapi aku tengok Muhyiddin ni macam takut aje. Takkan tak nak jadi PM? Selaku orang Johor, nak juga rasa orang Johor pulak yang jadi PM sekali lagi selepas Tun Hussein Onn.
Kalau TS Muhyiddin jadi PM, mungkin cara beliau akan berlainan dengan PM-PM yang terdahulu. Maklumlah, PM-PM yang terdahulu, semuanya anak orang-orang senang, anak-anak bangsawan. TS Muhyiddin hanya anak cikgu agama, mungkin kesedarannya untuk orang Melayu dan Islam lebih sikit, macam Tun M dulu, dia cuma anak seorang guru, tapi banyak jasanya yang tak terlupa hingga sekarang sebab dia rasa denyut nadi rakyat kebanyakan.
Nak kata DS Najib lebih baik dari TS Muhyiddin, tak tentu juga. Sebab dua-duanya pernah jadi Menteri Besar dan yang jelasnya negeri yang TS Muhyiddin jadi MB, lebih hebat pembangunannya, lebih hebat ekonominya.
TS Muhyiddin kena berani macam DS Azalina. Berani tawarkan diri. Walaupun banyak suara-suara yang mengutuk dia kononnya dia tak feminin, tapi sebenarnya dengan keberaniannya itulah menunjukkan bahawa dia lebih wanita dari lain-lain wanita dalam UMNO kerana dia menawarkan diri kerana ketidak sanggupannya melihat Wanita UMNO dilembu-lembukan oleh pihak pembangkang. Lagipun DS Sharizatpun bukanlah lembut manapunm korang tengok aje cara dia berjalan ni.
1 comment:
limah yg lembut ye
Post a Comment