TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, August 12, 2013

ROBOHHHH?

    
Kalau mengikut berita-berita yang hangat di media sosial ketika ini, DYMM Sultan Johor telah menitahkan agar segala papan tanda berkaitan Islam di "surau" di sebuah pusat peranginan di Tanjung Sedili yang tidak diiktiraf sebagai surau oleh Kerajaan Johor itu dibuka dan "surau" tersebut dirobohkan. Kesahihan berita ini masih belum dapat dipastikan lagi.

Bagaimanapun, aku menyokong bukan sahaja "surau" tersebut dirobohkan, malah kalau boleh pusat peranginan tersebut juga diarah roboh. Apa tidaknya, pengurusannya langsung tak menunjukkan rasa bersalah dengan tindakan pihaknya membenarkan agama lain mengadakan upacara keagamaan dalam bangunan yang dah mereka namakan surau itu.
      
     
Pihak pengurusan memberikan alasan kononnya untuk menunjukkan Islam sebagai agama sejagat dan bertoleransi. Toleransi kepala hotak mak luuu!!!

Apapun, Jabatan Agama Johor (JAJ) dan penduduk kampung telah menutup dan mengosongkan surau terbabit untuk memberi ruang bagi siasatan dan diharapkan suatu tindakan yang tegas dan keras diberikan kepada mereka yang bertanggungjawab sebagai satu amaran dan pengajaran agar dimasa akan datang tidak ada lagi mana-mana pihak mengambil remeh isu-isu berkaitan kesucian Islam.


2 comments:

Anonymous said...

siapa kata tak boleh bawak Raja Buah (durian) dalam bilik hotel? jawapannya jelas iaitu tidak ada.

namun hotel meminta jasa baik pelanggan agar peka terhadap lain-lain pelanggan yang terkesan dengan pencemaran bau.

dalam kosteks rumah ibadat, pihak hotel juga harus peka terhadap kebersihannya agar tidak dicemari oleh aktiviti silang agama!

maknanya pihak penyedia rumah inapan/hospitaliti tidak boleh mengharapkan para pelanggan saja supaya peka terhadap peraturan (yg tidak bertulis) sedangkan mereka mahu dikecualikan?

Anonymous said...

JAIJ tido.pejabat daerah pun sama TIDO!makan gaji buta..yg dapat nama busuk org2 kg dsedili besar dlm isu ni!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI