TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, September 18, 2013

CHIN PENG BUKAN KOMUNIS TETAPI PENGGANAS KOMUNIS

          
Dalam sibuk-sibuk beberapa pihak mempertikaikan tindakan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan walaupun abu Chin Peng yang dah dibakar untuk kembali ke Malaysia dan adanya beberapa individu yang mendakwa kononnya kerajaan Malaysia tak mematuhi Perjanjian Haadyai, ini jawapannya yang aku perolehi melalui Wikipedia;

Di bawah perjanjian tersebut, mana-mana ahli PKM yang ingin kembali ke Malayisia perlu mematuhi beberapa syarat seperti:

a. Memaklumkan hasrat untuk kembali ke Malaysia kepada pihak berkuasa di dalam tempoh tidak lebih setahun dari tarikh perjanjian ditandatangani; 
b. Mengemukakan butir-butir berkaitan dengan permohon; 
c. Menjalani proses temu duga serta dokumentasi

Kerajaan Malaysia tak pernah ingkar dengan perjanjian, tetapi syarat-syarat yang dipersetujui mestilah dipatuhi. Melalui tawaran tersebut, seramai 338 permohonan untuk kembali ke Malaysia diluluskan manakala hanya 93 yang ditolak kerana syarat-syarat yang tak dipenuhi. Maka, tiada isu samada kerajaan Malaysia menghormati atau tidak perjanjian tersebut kerana sepatutnya selaku salah seorang yang menganggotai rundingan Haadyai, Chin Peng sedar akan kewujudan dan kewajipan memenuhi syarat-syarat yang telah dipersetujui. Inilah yang dinamakan, komunis tetap komunis.
        
             
Secara peribadi, walaupun Chin Peng terlibat dalam memerangi Jepun dan British, namun nawaitunya bukanlah untuk memerdekakan Tanah Melayu ini untuk orang-orang Melayu, orang-orang Islam dan juga Raja-Raja Melayu. Kalau benar Chin Peng berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu, maka tidak ada sebab mengapa selepas 32 tahun merdeka barulah dia mahu meletakkan senjata dan mengadakan rundingan damai.

Walhal, semenjak kemerdekaan Tanah Melayu masih dalam rundingan lagi, telah ada tawaran-tawaran agar komunis meletak senjata dan membubarkan gerakan mereka. Kenapa hanya setelah 32 tahun merdeka, setalah banyak pertumpahan darah yang berlaku, setelah banyak kerosakan atas bumi Tanah Melayu yang merdeka mereka lakukan, hanya setelah dia (Chin Peng) bukan sahaja tak larat untuk memikul senapang, malah dah tak kuat mengangkat kaki sendiri, barulah mahu menerima rundingan dengan kerajaan Malaysia yang merdeka dan berdaulat?

Harus sentiasa ditanam dalam fikiran, bahawa Chin Peng berjuang bukan untuk memerdekakan Tanah Melayu. Chin Peng berjuang bukanlah kerana taat setianya kepada Raja-Raja Melayu. Tetapi Chin Peng berjuang untuk menjadikan Tanah Melayu ini sebagai miliknya. Atas sebab itulah dia tidak meletakkan senjata setelah Tanah Melayu merdeka dan terus memerangi kerajaan yang merdeka ini. Maka atas sebab itu, perlu apa kita rakyat yang merdeka  yang cuba dinafikan kemerdekaan kita oleh Chin Peng dan gerakan komunisnya perlu memaafkannya. Ingat...Chin Peng bukannya bodoh untuk tidak mengetahui bahawa Tanah Melayu telah merdeka semenjak 1957!!!


3 comments:

Anonymous said...

Kalau tanam kat sini, mesti hari-hari ramai orang datang ke kubur.... untuk kencing kat kuburnya..!

Anonymous said...

Betul tu Tenggara!Itulah bila si BAHLUL-BAHLUL pi sokong parti SAMPAH DAPSYAITAN/PKR yg. patut digelar "parti SAMPAH utk. GANGSTERS/PENGGANAS"! Sebab itu, JANGAN bagi peluang lansung pd. DAPBANGKAI/PKR MEMERINTAH Tanah Melayu ini - kerana penjenayah/pengganas akan BERKUASA, termasuk si PENGGANAS KOMUNIS CINA mcm. chin peng-HARAM-JADAH ini!

Memang puak pembela ANJING PENGGANAS KOMUNIS CINA chin peng juga patut digelar ANJING-ANJING/BABI-BABI PENGGANAS, yg. harus BERAMBUS SELAMANYA dr. Tanah Melayu ini!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.


Anonymous said...

dp idup samapi mampos x abis2 nk myusahkn org lain!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI