TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Friday, September 6, 2013

SIAPA NAK BERARAK???

       
Kalau dulu NGO ANAK berarak tolak Isa Samad  dari dilantik sebagai Pengerusi Felda, tapi gagal, Isa tetap dilantik sebagai Pengerusi. Hari ini perniagaan Felda, FGV yang dulu bukan main lagi diperjuangkan oleh Isa Samad, harganya dah jatuh teruk, siapa lagi nak menjerit?
          
          
Saham FGV semalam ditutup pada paras RM4.16. Kalau dulu bolehlah ANAK yang mengaku NGO bebas melalak. Tapi sekarang, sorry le, sebab ANAK tu bukannya bebas sangat, sebab bila dah lepas PRU, dah tak ada lagi parti politik nak taja pentas ANAK. Tu sebab senyap aje! Perjuangan ANAK bukannya tulen untuk peneroka Felda.

Dalam sibuk-sibuk harga FGV yang semakin hari semakin turun, Isa Samad pulak sibuk dengan pelbagai program Sambutan Hari Raya bersama peneroka Felda. Bukan sedikit duit yang keluar. Setiap program, pasti berpuluh-puluh bas yang disediakan. Ko ingat Isa nak jumpa sangat dengan peneroka Felda? Piraaah, yang dia nak jumpa sangat ialah perwakilan UMNO dari Felda yang mengundi masa PAU nanti.

Sebab ANAK dah tak ada penaja, maka aku rasa eloklah MBF atau apa-apa jua NGO dalam Felda pulak berarak minta Isa Samad lepaskan jawatan Pengerusi Felda tu dan kasi kat anak-anak peneroka yang dah ramai berjaya dalam sektor koperat. Bukan ke elok kalau Isa Samad lepaskan jawatan Pengerusi Felda tu sekarang dan tumpukan perhatian kepada kempennya untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO? Biarlah orang baru yang menerajui Felda nanti sibuk pulak berkempen bagaimana nak naikkan harga FGV. Aku yakin, pasti FGV akan ada perubahannya!!!


2 comments:

Anonymous said...

No to Doctor penipu EMir Mavani. Sapa kroni TS Lim?

Jawab Isa

Badan pendek, tangan panjang

Anonymous said...

Isa nak tanding Naib?Ingat Najib boleh tolong?Diapun belum tentu kekal!
Mahyuddin tunggu apa lagi.Buat pendirian.Lambat2 orang tenggara & the 'gang' pilih lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI