TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, September 26, 2013

WOWWW....RAMAI YANG DAH LANGGAR PANTANG

             
Di bawah ini adalah siaran UMNO Online bertarikh pada 25 September 2013. Rupanya banyak pantang larang dalam kempen nak rebut jawatan dalam UMNO ni. Kalau diamat-amati, dah macam tak boleh nak kempen pulak.

Kalau semua kempen nak kena ikut yang diseliakan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia atau Jawatankuasa Penyelaras Pemililhan Negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO Negeri, nampaknya calun yang dah sedia berkedudukan pasti akan mendapat manfaat yang lebih. 

Undang-undang yang dipersetujui oleh Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 2008 ini seolah-olah nak menyelamatkan mereka-mereka yang dah menjawat jawatan sahaja dalam tahun 2008 tu

Kalau banyak sangat halangan dan pantang larang untuk berkempen, bagaimana muka baru nak ketengah? Bagaimana muka baru nak dikenali, lebih-lebih lagi pemilihan kali ini melibatkan akar umbi?

Jangan dek kerana kemaruk nak kekalkan jawatan, pelbagai sekatan dan halangan dibuat. Bimbang nanti ada yang dijadikan modal untuk membatalkan keputusan yang dah dicapai. Bertanding perlu ada kempen. Biarkan... selagi ianya sihat lagipun memilih pemimpin bukannya semudah menanak nasi. Sedangkan menanak nasi, padi sebijipun kita asingkan, apatah lagi kalau memilih pemimpin, takkan kalau dah menggunung tahipun nak kita sembunyikan. 
           
             
1. Pengenalan
Setiap perkara yang termaktub di dalam Tataetika Ahli UMNO adalah terpakai dalam tempoh Pemilihan UMNO bagi sesi Pemilihan 2013-2016. Ahli-ahli UMNO yang bertanding adalah diingatkan supaya menjadikan Tataetika Ahli UMNO sebagai panduan dan rujukan sepanjang tempoh berkempen.

Sekiranya didapati mana- mana ahli UMNO melakukan kesalahan-kesalahan seperti yang dinyatakan di bawah, maka ahli-ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman di bawah Fasal 20.9 (a)-(e) Perlembagaan UMNO.

Ahli-Ahli UMNO dilarang daripada melakukan kesalahan-kesalahan berikut:-

2.1 Rasuah/ Sokongan Politik
2.1.1 Tidak boleh menyalahgunakan apa jua kuasa dengan tujuan mendorong atau memaksa ahli-ahli UMNO mengundi dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain. 

2.1.2 Tidak boleh memberi atau meminjam atau meminta atau menawarkan, menjanjikan atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk mendapatkan apa-apa wang atau balasan bernilai dengan tujuan mendorong seseorang Ahli dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain. 

2.1.3 Tidak boleh memberi atau menerima bagi pihaknya secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa jua hadiah, benda atau faedah sama ada secara zahir atau sebaliknya bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.

2.2 Menggunakan Kekerasan dan Ugutan
Tidak boleh menggunakan atau mengancam untuk mengguna apa-apa jua bentuk kekerasan samada secara fizikal atau bukan fizikal, paksaan, ugutan atau halangan secara langsung atau tidak langsung, dengan tujuan untuk mengakibatkan kecacatan, kerosakan atau kerugian ke atas mana-mana orang bagi mendorong atau memaksa mana-mana Ahli atau keluarga agar mengundi mana-mana Ahli lain dalam pemilihan parti. 

2.3 Penerbitan dan Penggunaan Media Massa, Elektronik atau Internet
Tidak boleh menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, majalah, makallah, buku atau lain-lain karya secara langsung atau tidak langsung yang mempunyai unsur-unsur menyokong, memfitnah, mencela, mengkeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana Ahli parti dalam pemilihan parti.

2.4 Fitnah
Mana-mana Ahli dilarang mengeluarkan sesuatu kenyataan tentang seseorang Ahli lain yang boleh merendahkan reputasinya dalam masyarakat atau menyebabkan masyarakat menghindarinya atau mengelaknya.

2.5 Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi
2.5.1 Bagi peringkat Majlis Tertinggi, Ahli-ahli parti dilarang daripada berkempen bagi pihak dirinya dan/atau menjadikan dirinya sebagai ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak mana-mana calon untuk mana-mana peringkat pemilihan parti kecuali untuk majlis penerangan dan/ atau kempen yang dianjurkan di bawah seliaan Ibu Pejabat UMNO Malaysia.
2.5.2 Bagi peringkat Bahagian, Ahli-ahli parti dilarang daripada berkempen bagi pihak dirinya dan/atau menjadikan dirinya sebagai ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak mana-mana calon untuk mana-mana peringkat pemilihan parti kecuali yang dianjurkan di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing.

2.6 Majlis dan Pertemuan
2.6.1 Tidak boleh menganjurkan samada secara langsung atau tidak langsung sebarang perhimpunan, pertemuan, jamuan atau apa-apa majlis yang membabitkan Ahli-ahli bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana-mana calon kecuali yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan/ atau Jawatankuasa Penyelaras Pemililhan Negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO Negeri.

3. DERMA/ BANTUAN KEPADA PARTI
3.1 Ahli-ahli parti adalah dilarang samada secara langsung atau tidak langsung, memberi sebarang bentuk derma, bantuan atau peruntukan atas kapasiti persendirian atau melalui orang lain dengan tujuan untuk mendapat undi atau sokongan atau mempengaruhi Ahli di dalam pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain.

4. PERNYATAAN AKHBAR ATAU AWAM
4.1 Ahli-ahli parti dilarang membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara sekalipun dan/ atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubungan dengan apa-apa dasar atau keputusan Parti.

Huhuhu......



1 comment:

Anonymous said...

Tepat sekali, dengan teknologi yang ada sekarang mana mungkin point 2.3 dan 2.5 dpt dipatuhi sepenuhnya. kalau artikel menyokong takde masalah sepatutnya.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI