Terbaik dari ladang? Ya... terbaik dari ladang Felda. Anak peneroka yang pernah menjadi kebanggaan warga Felda pada tahun ini apabila dipilih sebagai Tokoh Belia Negara 2013!
Saudara Manndzri Bin Hj Nasib, anak peneroka Felda Pengeli Timur, lulusan dari USM, walaupun menjawat jawatan tinggi selaku Timbalan Pengarah Seranta Felda di JPM, tidak pernah dilihat kekok untuk bersama segenap lapisan masyarakat. Bagi yang pernah mengenali, perjuangannya untuk agama, bangsa dan tanahair seolah-olah tiada sempadan.
Mengenali perjuangan permata Felda yang juga merupakan anak jati Tenggara ini, maka blog ini tidak teragak-agak untuk memberikan sokongan agar saudara Manndzri berjaya menduduki salah satu kerusi Exco Pemuda UMNO Malaysia. Bukan sahaja di kalangan perwakilan Pemuda UMNO Felda, malah diharapkan agar perwakilan Pemuda UMNO yang bukan dari Felda juga dapat memberikan sokongan yang padu buat saudara Manndzri yang mana kepimpinan dan gerakerjanya telah diiktiraf dengan anugerah Tokoh Belia Negara dan merupakan salah seorang Naib Presiden Majlis Belia Malaysia.
Rasanya tidak rugi sekiranya anak muda sehebat ini diberikan peluang untuk turut sama berada dalam saf kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Kepada para perwakilan, saudara Manndzri membawa nombor calon 69 untuk kerusi Exco Pemuda UMNO Malaysia.
Bukan itu sahaja, saudara Manndzri juga menawarkan dirinya untuk duduk dalam saf kepimpinan Pemuda UMNO Tenggara untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Tenggara yang mana diyakini dengan pengalaman luasnya mengendalikan pergerakan belia serta hubungan rapat beliau dengan pemimpin negara akan dapat dimanfaatkan oleh Pemuda UMNO Tenggara dan untuk itu, beliau membawa nombor pencalonan 02 untuk kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Tenggara.
Oppsss.... ini bukan kempen ya. Tetapi selaku blog yang membawa nama Tenggara, rasa teruja dan bangga sekiranya anak jati Tenggara ini berjaya dalam perjuangannya serta dapat pula dimanfaatkan oleh Pemuda UMNO. Di bawah ini sedikit gambar saudara Manndzri bersama masyarakat. Kalau nak lihat lebih banyak gambar beliau bersama masyarakat dan bersama pemimpin, sila klik ke FB beliau, Manndzri Ajrekeb Konores. Akhir kalam, mudah-mudahan kejayaan menyebelahi Saudara Manndzri. Insyaallah.
2 comments:
http://dinturtle.blogspot.com/2013/09/enchant1mst-kepada-para-pembaca-saya.html?m=1 admin sama2 kita bantah enchant1mst!!!
Bah. Pertama:
MANA PEMIMPIN UMNO, terutamanya kat P. Pinang tu – apahal bala ini boleh terjadi?!! Saudara Manndzri, tolong bantu org kpg. Islam/Melayu kita kat P. Pinang!
Di Selangor dan P. Pinang, PEMBELAAN mesti segera dilakukan, terhadap Bumiputera Islam/Melayu MISKIN, termasuk kpg. nelayan Islam/Melayu PUSAKA kita ( kpg-kpg a padi juga disasarkan dgn.pembuangan najis BABI dan sisa kimia kilang/penternakan udang) yg. makin TERHALAU/TERTINDAS di P. Pinang dan Selangor; SEDIH betul! Ini memang perancangan amat DAJAL, disyaki dari poauk SYAITAN Kristian Zionis DAP/PKR (dan sekutu PAP-Barat-Isreal mereka – juga utk. MENGKRISTIANkan Selangor dan P. Pinang (juga Sabah/S’wak)! Lihat di -
1. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130927/dn_12/Seharian-di-laut-pulang-tangan-kosong, Seharian di laut pulang tangan kosong:
PULAU PINANG 26 Sept. - Pencerobohan bot pukat tunda ke kawasan nelayan pantai yang semakin berleluasa menyebabkan kehidupan keluarga pasangan nelayan Mohd. Ismail Lai Abdullah dan Siti Fatimah Abdullah, 51, menjadi semakin rumit.
Apa tidaknya, walaupun seharian di laut, hasil yang diperoleh ialah sekitar RM15 sahaja, malah terpaksa pula membayar kos minyak serta kos-kos lain seperti pinjaman daripada persatuan nelayan.
Lebih teruk, ada kalanya mereka pulang tangan kosong....."Jika dahulu nelayan pantai boleh mendapat hasil tangkapan sehingga mencecah RM100 sehari, namun, kini kami hanya boleh memperoleh sekitar RM15 ke RM30 atau lebih teruk pulang tangan kosong.
"Malah, ada kalanya kami terpaksa menanggung kerugian kerana pukat hilang atau rosak dilanggar pukat tunda," katanya ketika ditemui di jeti nelayan Gertak Sanggul di sini baru-baru ini.......Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, dianggarkan 4,000 nelayan pantai di Pulau Pinang terjejas pendapatan mereka akibat kes pencerobohan terbabit.
"Di Pulau Pinang, nelayan yang banyak terjejas ialah mereka yang berada di bahagian Barat Daya iaitu mereka di sekitar Pulau Betong, Sungai Pinang, Pantai Acheh dan Jalan Baru," ujarnya......
2. Di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130927/dn_11/Bot-pukat-tunda-kebal-kaut-hasil, Bot pukat tunda 'kebal' kaut hasil, Oleh AZRAI MOHAMMAD:
PULAU PINANG 26 Sept. - Kegiatan pencerobohan bot pukat tunda di kawasan kurang sembilan kilometer dari pantai atau dikenali sebagai Zon A di seluruh negara dilaporkan semakin berleluasa sehingga menjejaskan pendapatan ribuan nelayan kecil.
Malah seperti sudah 'dibeli', pihak berkuasa pula langsung tidak mampu melindungi nelayan-nelayan tradisional yang menjadi mangsa sejak bertahun-tahun lalu.
Laporan demi laporan yang dibuat nelayan pantai pula telah 'dibakulsampahkan' tanpa sebarang tindakan tegas daripada pihak berkuasa.
Siasatan Utusan Malaysia selama dua hari di tiga perkampungan nelayan iaitu di Sungai Batu, Gertak Sanggul dan Pulau Betong di sini baru-baru ini, jelas menunjukkan peraturan itu tidak dipedulikan.
Ketua Unit Nelayan Pulau Betong, Arshad Omar berkata, setiap kali bermesyuarat bersama nelayan, alasan yang diberikan pihak berkuasa ialah mereka perlu menjaga isu yang lebih besar di perairan negara.
"Malah, ada juga yang memberi alasan mereka sudah tiada aset bagi mengawal kes seumpama itu," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini......Malah, rata-rata nelayan yang ditemui juga mendakwa, apabila ada rondaan dilakukan oleh pihak berkuasa, kumpulan itu akan menghilangkan diri seolah-olah sudah menghidu lebih awal pergerakan pasukan tersebut.
Lebih malang, ada antara nelayan terbabit mendedahkan mereka 'dikacau' oleh pihak berkuasa sekiranya membuat laporan terhadap kegiatan tersebut.....
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.
Post a Comment