Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang dari DAP, Hiew King Cheu keluar parti dan menjadi wakil bebas. Bekas ketua DAP negeri itu memberitahu, beliau membuat keputusan itu selepas mendapatkan maklum balas daripada penyokong dan rakan-rakannya.
Hahaha... DAP yang melancarkan Impian Sarawak dengan harapan dapat mimpi indah-indah, rupanya bakal kehilangan sokongan di Sabah. Mimpi indah di Sarawak tetapi mimpi ngeri di Sabah.
Bagaimana DAP tak ngeri, Hiew King Cheu keluar parti setelah mendapat maklum balas daripada penyokong dan rakan-rakan! Pasti selepas ini akan berbondong-bondong orang Sabah keluar dari DAP.
Eloklah keluar awal-awal. Dan mana-mana pemimpin DAP yang namanya tak bermula dengan "Lim" atau berakhir dengan "Singh", tak payahlah terlalu berharap dalam DAP, sebab DAP hanyalah sebuah parti anak beranak.
Kepada rakyat Sabah yang telah menyokong DAP sebelum ini, harap buka mata. Kalau dah pemimpinnya keluar meninggalkan DAP, anda semua nak tunggu apa lagi? Begitu juga dengan rakyat Sarawak, pastikan Impian Sarawak DAP itu menjadi mimpi yang paling ngeri buat DAP untuk diingati selama mana hayat DAP masih ada.
No comments:
Post a Comment