Pada 23 September yang lepas, blog Tenggara is Southeast (TiS) ada menyenaraikan calon-calon pilihannya yang difikir dan ditelek layak untuk menerajui kepimpinan UMNO Bahagian Tenggara bagi sesi 2013-2016 (SINI).
Alhamdulillah, setelah semua keputusan diketahui, 7 dari 9 calon pilihan blog ini telah berjaya untuk menduduki barisan kepimpinan UMNO Tenggara iaitu bermula dengan Naib Ketua Pemudanya iaitu Saudara Manndzri dan Ketua Pemudanya Saudara Hahasrin, kemudian diikuti pula oleh Sayap Wanita dengan bernaibkan Puan Hjh Zuraidah dan berketuakan Datin Hjh Salasiah Idris. Dan Akhirnya pada pemilihan bahagian, Tuan Hj Nasharuddin berjaya terpilih sebagai Naib Ketua Bahagian, Dato' Hj Suhaimi berjaya terpilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian dan Datuk Dr Adham Bin Baba terpilih untuk menerajui UMNO Tenggara sebagai Ketua Bahagian.
a
Pilihan yang TiS lakukan adalah berdasarkan kepada rekod sumbangan, gerakerja serta hubungan dengan akar umbi serta pengundi oleh individu tersebut. Malah peranan yang telah mereka mainkan dalam memenangkan calon BN pada PRU 13 yang lepas juga tidak dilepas pandang oleh TiS.
Bagaimanapun, bagi barisan kepimpinan pelapis, iaitu sayap Pemuda dan Puteri, TiS tersangat mempromosikan di Fanpage TiS agar calon yang mempunyai latar pendidikan tinggi diberikan keutamaan untuk terpilih. Untuk itu, TiS telah gagal untuk meyakinkan sayap Puteri agar memilih calon-calon pilihan TiS untuk jawatan Ketua dan Naib Ketua Puteri. Itulah dua calon pilihan TiS yang gagal meraih kemenangan iaitu Ustazah Hashriza (calon Ketua Puteri) dan Puan Rosnah (calon Naib Ketua Puteri).
Apapun, itu hanyalah calon-calon pilihan TiS dan perwakilan jugalah yang menentukan. Kepada yang menang, TiS ucapkan tahniah dan bermulalah era baru kepimpinan UMNO Tenggara. Bersegeralah melaksanakan apa yang telah menjadi visi dan misi semasa berkempen demi kepentingan agama, bangsa dan tanahair. Buktikanlah bahawa barisan ini mampu menjadikan UMNO Tenggara sebagai parti yang kuat dan disegani serta mampu diterima dan dihormati oleh semua pengundi di Tenggara.
Kepada calon pilihan TiS yang gagal, teruslah menyumbang kepada perjuangan parti. Tiada tempat dalam barisan kepimpinan bukan bermakna anda tidak mampu menyumbang. Selaku pilihan TiS dari calon berlatar belakangkan pendidikan tinggi, TiS yakin anda mampu menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Malah harus diingat, tidak sumbang anda yang kalah menyumbang untuk parti tetapi tersangatlah sumbang sekiranya anda menang tetapi gagal menyumbang untuk parti.
Kepada warga UMNO Tenggara, musim pemilihan telah berlalu. Ceria-ceria selalu, rapatkan barisan, kukuhkan kerjasama. Kita berparti untuk bersatu, untuk kuat, untuk menang pilihanraya, untuk membentuk kerajaan demi mendapatkan kuasa dan dengan kuasa itulah dapat kita membela agama, bangsa dan tanahair.
1 comment:
Hi nice reading youur blog
Post a Comment