TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, October 22, 2013

DAH KENA TEROPONG

          
Hahaha... siapa pulak yang dah kena teropong ni selepas selesai sahaja pemilihan UMNO? Kalau dulu ramai perwakilan yang kena teropong sebab takut tak sebagaimana yang diaku janjikan.

Rupanya kini di banyak bahagian UMNO, Ketua Bahagian yang baru sedang diteropong oleh ahli-ahlinya. Rupanya tak mudah jadi Ketua Bahagian ni.

Kini sebahagian besar dari Ketua Bahagian sedang ditunggu oleh ahli-ahli bahagian mereka tentang siapakah yang bakal mereka namakan untuk setiausaha bahagian, ketua penerangan dan ahli-ahli jawatankuasa yang bakal dilantik.

Rupanya di kalangan ahli juga, masing-masing ada cai masing-masing. Apapun, walaupun kuasa melantik itu mutlak di tangan Ketua Bahagian yang dipilih, demi memelihara agar UMNO terus harmoni, terus berpadu dan terus kukuh serta kuat dalam menghadapi PRU 14 nanti, eloklah jawatan-jawatan yang dilantik itu dirundingkan dahulu. Ini perlu, kerana Puteri ada taikonya, Pemuda ada taikonya, Wanita ada taikonya dan yang veteran juga ada taikonya. Taiko-taiko yang dah kerja keras semasa kempen dahulu, perlu juga diambil pandangan mereka.

Taiko-taiko ini mungkin tak mengharapkan apa-apa jawatan atau balasan, tetapi biasanya taiko-taiko ini cukup puas kalau pandangan mereka diambil kira. Taiko-taiko ini kebanyakkan nawaitu mereka hanya mahu melihat UMNO terus gah dalam memimpin orang Melayu tetapi kalau cai Ketua Bahagian menjolok mata mereka, maka sukarlah bahagian tersebut nak aman sehingga pemilihan yang akan datang.

Beberapa taiko yang aku jumpa dari beberapa bahagian, jelas menyatakan mereka mahukan yang dilantik dari kalangan yang mahu, boleh dan berpengetahuan yang mampu bekerja untuk ahli-ahli UMNO, bukannya yang hanya pandai mengekori Ketua Bahagian dan hanya menampakkan sibuk bila terpandang dek Ketua Bahagian sahaja. Mereka mahukan yang mesra dengan ahli, bukan yang mesra dengan Ketua Bahagian sahaja.

Perghhhh... pening juga ya jadi Ketua Bahagian ni? Apapun, nasihat aku, bukan senang nak puaskan semua orang. Kepada ahli-ahli UMNO, ingatlah... ketika kita jadi bapa, kita hanya perlu puaskan hati keluarga kita sahaja. Bila jadi ketua cawangan, nak kena puaskan hati ahli cawangan, tapi bila dah jadi ketua bahagian, nak kena puaskan hati ahli bahagian. Bukan senang tau... dalam perjuangan, cuba banyakkan akur dengan ketua, hanya dengan itulah barulah kita nampak mempunyai ketua. Bukankah kita juga yang memilih ketua? Kalau senang jadi ketua, mungkin DS Najib tu masih hitam lagi rambutnya!!!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI