Dihari-hari terakhir sebelum berlakunya pemilihan UMNO, nampaknya saham FGV telah mencatatkan kenaikan harga yang agak meyakinkan dan terus mengukuh. Dalam minggu ini sahaja dapat dilihat ada kenaikan sebanyak 45 sen!!!
Apakah ini merupakan isyarat dari pemain pasaran bahawa ada keyakinan dari mereka bahawa TS Isa Samad selaku Pengerusi Felda bakal menduduki salah satu dari tiga kerusi Naib Presiden UMNO yang dipertandingkan dan dengan kemenangan tersebut membolehkan Pengerusi Felda tersebut mempunyai suara yang lebih kuat dalam kerajaan yang bakal memberikan kelebihan untuknya mengemudi perniagaan-perniagaan Felda?
Melihat kepada trend kenaikan saham FGV yang mengukuh itu seolah-olah mencerminkan bahawa telah ada analisa dari pemain pasaran yang TS Isa bakal memenangi pertandingan UMNO kali ini dan pastinya keyakinan pemain pasaran ini bukanlah suatu jangkaan kosong tanpa perkiraan.
Kiranya asas keyakinan pemain pasaran saham diambil kira, maka kemenangan TS Isa dan keberadaannya dalam kepimpinan tinggi parti yang memerintah pastinya bakal mendatangkan keuntungan yang bukan sedikit kepada seluruh warga peneroka Felda.
Mungkin atas dasar inilah juga yang telah mendorong TS Isa menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden kerana kesedarannya bahawa ia akan membawa pulangan yang besar kepada warga Felda yang merupakan kumpulan penyokong terbesar UMNO dan semakin kukuh perniagaan Felda akan semakin kukuhlah sokongan warga peneroka kepada UMNO.
Akhirnya, kalau TS Isa yang menang, maka siapa pula yang bakal kecundang?
2 comments:
masa harga saham fgv jatuh RM 4.11 ada yg kata masa untuk membeli.tetapi ada yg menyangkal dengan mengatakan buta pelaburan,
apakah ada kaitan kenaikan harga saham dengan pemilihan dalam UMNO,jika kita lihat kenaikan harga saham adalah menyeluruh,PETRONAS DAGANGAN SERTA PETRONAS GAS merupakan kaunter yg mencatatkan kenaikan yg tinggi,begitu juga dengan MAS merupakan antara kaunter paling aktif,
APAKAH ORANG KUAT MAS DAN PETRONAS TURUT BERTANDING DLM PEMILIHAN UMNO?
Pet-mas tu sukar nak jadi VP kononnya dibayangi ayahnya..lagipun beliau bukan macam ayahnya..beliau businessman..kan kan kan?dah la lantik pegawai khas yyg biul...suh buat majlis makan sarapan pagi pun sanggup rembat rm500 duit MB..alahai...arrange orang makan pun nak pow sampai RM500...6k 6k 6k
Post a Comment