TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, October 18, 2013

CAI BARU UNTUK NAIB PRESIDEN?

    
Adakah booklet kecil yang sedang beredar sekarang ini yang dinamakan KOMPAS PEMILIHAN UMNO merupakan satu cai baru untuk pemilihan Naib Presiden UMNO? Rasanya tidak. Ini bukannya cai tetapi hanyalah merupakan satu analisis terperinci yang tidak tahu dibuat oleh siapa tetapi ada asasnya untuk dijadikan rujukan dan panduan dalam menilai keutamaan calon yang perlu dipilih esok.

Pemarkahan setiap calon diberikan berasaskan jawatannya sepanjang berada dalam UMNO dan juga perkhidmatan dalam kerajaan sebagaimana yang dinilai terhadap DS Najib dilampiran di bawah ini. Kalau mengikut "kompas" ini, maka tiada sebarang masalah tentang kedudukan DS Najib dan TS Muhyiddin yang menang tanpa bertanding. Bagaimanapun kalau dilihat kepada pertandingan 6 penjuru bagi jawatan Naib Presiden, maka akan nampak jurang perbezaan yang nyata bagi pencapaian setiap calon samada dari segi pencapaian pemarkahan dalam UMNO mahupun dalam perkhidmatan kerajaan.

Elok jugalah "kompas" ini dibuat renungan untuk pertimbangan semasa mengundi nanti. 
       



1 comment:

Anonymous said...

Bagus gak ada rujukkan bukan hanya nak ikut CAI je...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI