TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, October 11, 2013

SELAMAT MEMILIH

            
Esok, sayap-sayap UMNO - Puteri, Pemuda dan Wanita akan bersidang dan akan memilih barisan kepimpinan mereka. Selamat bersidang dan selamat memilih.

Mana-mana yang menjadi calon, rasanya malam ini tak lena tidur, tak sabar menunggu siang. Apapun, kepada yang menjadi calon, hadirlah dengan penuh yakin akan kekalahan. Kalau hadir dengan keyakinan kalah, maka kalau keputusan keluar dan kalah, tak le kecewa sangat, maklumlah kali ini banyak berlaku pertandingan.

Ini adalah pertandingan anak beranak, yang menang bukanlah untuk bersorak dan yang kalah bukanlah untuk disorak. Yang menang tak menang semua dan yang kalahpun tak kalah semua.

Kepada yang menang, besar tanggungjawab yang menanti. Menang bukan bererti kepuasan peribadi tetapi menang untuk perjuangan parti. PRU 14 sudah menanti.

Dan kepada yang kalah, jangan pulak merajuk diri. Masa menawar diri dulu janji nak berkhidmat untuk parti. Maka kalau ikhlas, tak menangpun boleh berkhidmat. Bantu mereka yang menang. Berikan sokongan yang tak berbelah bahagi. Berganding bahu semula. Jangan pulak kerana kalah, nak puaskan hati, jadi duri dalam daging, jadi gunting dalam lipatan.

Kepada semua, SELAMAT BERSIDANG, SELAMAT MEMILIH DAN SELAMAT BERTAUT SEMULA demi UMNO, parti pejuang dan pembela AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.

Minggu depan kita menyakat pulak mereka yang bertanding Naib Presiden dan Majlis Tertinggi.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI