TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, October 11, 2013

TEMBAK MESTI KENA TEMPATNYA

            
Bila MKini tulis mengatakan DS Hadi Awang suruh anggota polis bersilat dengan penjenayah, ramai yang marah dengan Presiden PAS itu.

Apapun korang jangan silap baca dengan apa yang MKini tu tulis. Hadi Awang cakap polis Malaysia handal-handal, ramai yang pandai bersilat tapi bab tembak penjenayah tu, siapa kata Hadi tak setuju?
           
           
Korang kena paham betul-betul. Cakap Hadi cakap orang politik. Dia tak kata nak tembak tu biar bertempat, tapi kalau nak tembak tu, biar kena pada tempatnya!

Maknanya Hadi Awang setuju le kalau polis tembak penjenayah, cuma dia kata kalau nak tembak kepala, mesti kena kepala, kalau nak tembak perut, mesti kena perut. Tu le maksudnya nak tembak kena pada tempatnya. Jangan pulak nak tembak kepala kena kelapa, rugi peluru aje. Hadi Awangpun biasa berburu, maka kalau dia nak tembak rusa, mesti nak kena rusa, jangan sampai tertembak tunggul mati. Rugi!!!

Apapun, tak ada sebab ahli-ahli politik pembangkang ni nak salahkan pihak polis sekiranya mereka terpaksa menembak penjenayah. Hampir keseluruhan rakyat Malaysia memang benci dan tak suka serta kalau boleh memang tak mahu penjenayah hidup dan wujud dicelah-celah kehidupan mereka. Maka entah apa motif pembangkang yang terlalu membela penjenayah ni? ...fikir-fikirkan.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI