TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, October 5, 2013

TAK ADA PULAK LAPORAN AUDIT

            
Sibuk-sibuk dengan laporan audit sekarang ni, tak ada pulak terdengar tentang apa-apa maklumat audit mengenai projek   internet 4G ke sekolah-sekolah, BestariNet yang kerajaan beri kepada YTL.

Desas-desus mengatakan ini merupakan projek mega. Ramai yang tertanya kenapa beri kepada YTL, kenapa bukan Celcom? kenapa bukan Maxis? atau kenapa bukan DIGI? Malah mengapa projek yang besar ini tidak diamanahkan kepada Telekom Malaysia?

Dah banyak sekolah yang telah lengkap prasarana 4G ini, tetapi kenapa audit tak tengok, setiap sekolah ada berapa komputer? Dan dari jumlah komputer yang ada itu pulak, berapa komputer yang boleh digunapakai? Berapa ramai murid yang dibenarkan untuk membawa komputer sendiri ke sekolah? Berapa ramai murid pula yang tahu password untuk menggunakan perkhidmatan jalur lebar tersebut.

Nak tahu juga, bagaimana dengan status tanah yang YTL gunakan dalam kawasan sekolah tu. Berapa sewanya? Berapa lama kontraknya? Kalau sewa, ianya ke akaun sekolah atau akaun kementerian? Pasal bab sewa tanah untuk menara Telco dah ramai yang tahu. Memang muai. Dapat 1 Telco sewa tanah untuk pacak menara, dah kira macam ada pencen tetap. 

Ishhh...ishhh...ishhh, sebanarnya banyak benda yang rakyat nak dengar tentang projek mega ni. Huhuhu... mungkin bukan audit untuk tahun 2012 tetapi diharapkan agar audit tahun 2013 nanti ada lapurannya.


1 comment:

Anonymous said...

Setuju kenapa tidak ada laporan berhubung projek ini. Adakah kerana projek diberi kepada YTL maka PR tidak tekan siasatan. Saya percaya kalau projek ini diberi kepada Kupulan Bukhari, sudah pasti dah ada demonstrasi jalanan menekan SPRM buat siasatan.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI