TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, October 1, 2013

THE BEST FOR PEMUDA UMNO TENGGARA


Tawarannya mudah, "Sedia Berkhidmat" dan selebihnya berserah kepada Allah. Very low profile. Calon Ketua Pemuda Tenggara yang membawa nombor pencalonan 01.

Kata orang utara, kalau nak gebang, banyak benda yang boleh dia tawarkan. Calon ini bukannya calang-calang. Hahasrin Bin Hashim ini adalah lulusan Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Electronics Engineering dari University of York, United Kingdom. Hanya yang terbaik antara yang terbaik sahaja yang dapat berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara ni.

Penglibatan beliau dalam UMNO bukannya baru. Beliau telah aktif dalam UMNO semenjak bergelar mahasiswa lagi dan pernah memegang jawatan Pengerusi Kelab UMNO UK. Malah zamannya di United Kingdom, UMNO menghadapi begitu banyak cabaran apabila para pelajar kerap dikunjungi oleh para pemimpin pembangkang dan beliau telah berjaya menangani tohmah dan fitnah pembangkang itu. Kalaulah gagal kepimpinannya di Kelab UMNO UK, tidak mungkin apabila mendapat berita beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Tenggara, Kelab UMNO Southampton menyatakan sokongan 100%? Lihat sini.

Sebenarnya kalaulah terpilih saudara Hahasrin ini sebagai Ketua Pemuda Tenggara, aku yakin banyak perkara yang boleh ditawarkan untuk Pemuda UMNO Tenggara. Dengan latar belakangnya yang pernah menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi dan kini menjadi Pegawai Khas pula kepada YAB Menteri Besar Johor, apakah beliau tidak mampu menawarkan apa-apa? Tapi kerana sifat low profile yang lebih mementingkan khidmat daripada berjanji tak tentu arah menyebabkan calon ini menjadi pilihan dari blog Tenggara is Southeast untuk ditawarkan kepada Pemuda UMNO Tenggara.

Pilihlah beliau untuk menerajui Pemuda UMNO Tenggara. Calon sebeginilah yang patutnya kita sokong. Jadikanlah barisan kepimpinan UMNO dari kalangan orang-orang berpendidikan. Pihak pembangkang banyak mendapat undi dari kalangan pengundi muda kerana mereka membariskan pemimpin muda yang berpendidikan, yang punya visi dan aspirasi seiring dengan mereka. Insyallah, kalau kita pandai membariskan pemimpin kita, PRU 14 nanti, UMNO akan lebih cemerlang. 


1 comment:

Anonymous said...

ahli umno yg terbaik serta mempunyai kelayakan akedemik tinggi saja selalu ditonjulkan untuk dijadikan pemimpin,

mungkin ini punca umno kurang diminati oleh anak muda kurang berpelajaran sebab mereka tau peluangnya untuk jadi pemimpin tertutup rapat.

kalau mahfuz omar ahli umno jangan mimpi jadi mp.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI