TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Thursday, October 3, 2013

YESSS... ISA SAMAD BERJAYA

        
Yesss... Isa Samad sekali lagi berjaya. Berjaya sebagai Pengerusi Felda yang cemerlang dengan menyaksikan harga saham FGVH ditutup pada hari ini dengan rekod baru. Rekod baru terendah!!! RM4.11, memang hebat. Beruntung orang Felda dapat Isa Samad ni....
             
            
Apakah dengan rekod baru ini, para perwakilan UMNO dari Felda masih lagi mahu memberikan undi untuk Isa Samad merebut jawatan Naib Presiden UMNO

Isa Samad yang begitu berkeyakinan dapat membantu UMNO sekiranya terpilih sebagai Naib Presiden UMNO rasanya akan terlalu sibuk untuk memikirkan Felda. Oleh itu rasanya eloklah Isa Samad berundur dari jawatan Pengerusi Felda dan berikan tumpuan kepada UMNO sahaja.

Gesaan ikhlas ini bukannya apa, dibimbangi dek kesibukan Isa dengan UMNO nanti, Felda akan dianak tirikan dan sebarang kegagalan Felda akan melibatkan sokongan terhadap UMNO dan BN secara langsung di kalangan warga Felda. Biarlah Felda diterajui oleh orang yang benar-benar komited terhadap kejayaan Felda yang sedar bahawa sekiranya Felda berjaya, UMNO juga akan berjaya di Felda.


2 comments:

Anonymous said...

masa terbaik membeli saham FGV.sudah dua minggu menunggu inilah masa terbaik memiliki saham fgv semampu mungkin.

Anonymous said...

Bagi yang kata kamu buta pelaburan, baca kisah emir mavani dan jelaskan apa ke cerdik cikgu pencen ni perlu beli Pontian Plantation pada PE 30?

Baru satu ...banyak lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI