TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Thursday, November 7, 2013

PATUT LE BERLUMBA-LUMBA

        
Dah nak cuti sekolah ni, banyak sekolah yang berlumba-lumba nak buat rombongan pergi ke Legoland. Merengek-rengek anak-anak mintak dengan mak bapak nak bantu cikgu hidupkan Legoland!!!

Aku sendiri tak pernah le pulak ke Legoland tu, tapi kalau belikan anak-anak bata Lego tu untuk dibuat main, ada juga. Agaknya kalau sampai kat Legoland tu, apa yang nak cikgu-cikgu ni tunjukkan kat anak-anak murid mereka ya?

Puas juga aku berfikir untuk mewajarkan lawatan ke tempat-tempat sebegini. Kalau ke muzium ke, Pusat Islam ke, melawat kilang ke atau pusat pentadbiran negeri atau negara, masuk juga akal nak benarkan anak-anak turut serta.

Emmm... entahlah. mungkin Kementerian Pendidikan perlu wujudkan satu garis panduan untuk lawatan-lawatan sekolah ni. Apa yang jelas di sini, setiap 10 pelajar yang membayar, 1 tiket percuma untuk guru pengiring. Patutpun berlumba-lumba cikgu-cikgu mempromosikan Legoland ni kat anak murid!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI