TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, March 18, 2014

MANA KEADILAN UNTUK PENGUNDI KAJANG?

        
Masa kempen pilihanraya, masa luar kempen pilihanraya, tak habis-habis memekik kononnya berjuang demi keadilan. Keadilan untuk siapa? Keadilan untuk Anwar? ....apakah Anwar lebih penting dari puluhan ribu pengundi? Dulu PKR dah aniaya pengundi Permatang Pauh "untuk adil kepada Nuar Berahim". Kini PKR aniaya pulak pengundi DUN Kajang juga "untuk adil kepada Nuar Berahim".

Adilkah wakil PKR bila sewaktu berkempen, mereka beria-ia dengan pelbagai janji dan slogan tetapi belumpun separuh jalan dah tinggalkan pengundi yang memilih mereka? Apa alasan terkuat wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi yang dah diminta olehnya agar diberikan oleh pengundi DUN Kajang semasa PRU 13 yang lalu? Dah berapa banyak janjinya yang tertunai? 

Kalau mengosongkan kerusi dan mengadakan PRK hanya untuk membolehkan Anwar atau "waris"nya menuntut "keadilan untuk Anwar Ibrahim", apakah wakil-wakil PKR dan sekutu mereka yang lain yang mempunyai kerusi samada di Dewan Rakyat ataupun Dewan Negeri semuanya jenis-jenis bacul yang tak bertelur yang tak mampu menuntut keadilan untuk taiko mereka?

Para pengundi DUN Kajang seharusnya sedar, bahawa mereka dianiaya dan terpaksa berbaris untuk membuang undi bukan pada waktunya hanya untuk memuaskan nafsu serakah politik anak beranak Nuar Berahim. Kalau dulu pengundi Permatang Pauh tak cukup bijak untuk mengajar Nuar Berahim, diharapkan pengundi DUN Kajang pada kali ini akan beramai-ramai keluar untuk menunjukkan kepada Nuar Berahim, PKR dan juga Pakatan Rakyat bahawa mereka bukanlah pengundi bodoh yang boleh diperguna sesuka hati.

Ahad ini, keluarlah beramai-ramai, dan berikanlah undi anda kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang telah berikrar untuk menjadi wakil rakyat yang terbaik untuk pengundi Kajang. Masa sudah sampai untuk kita semua memberi tahu bahawa proses demokrasi bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan dan diperguna untuk kepentingan individu tertentu.

Harus diingat, Wan Azizah tidak serius dalam berpolitik dan untuk menjadi wakil rakyat kerana pada PRU13 yang lepas, beliau telah menolak segala permintaan agar menjadi calon. Maka untuk apa beliau sibuk nak bertanding pada kali ini???


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI