Ini adalah sedikit iklan ubat kuat untuk UMNO. Ubat kuat ini bukanlah sama dengan ubat kuat yang orang PAS iklankan dalam Harakah tu. Ubat kuat ni adalah lain sedikit.
Sekarang ini adalah musim persidangan bagi akar umbi UMNO. Rata-rata ahli UMNO nampak bahawa UMNO menuju kelesuan kerana BN.
Oleh itu, ahli-ahli akar umbi yang bersidang kena jeritkan kepada pucuk pimpinan ubat agar UMNO terus besar, kuat dan tahan lama. Ubatnya tak susah...
UMNO kena balik kepada tujuan asal penubuhannya iaitu menjadi parti yang memperjuangkan hak Melayu dan Islam. Kepimpinan tertinggi UMNO perlu tegas dengan rakan BNnya. Mana-mana tempat yang majoriti pengundinya Melayu, UMNO jangan faraidkan kepada rakan BN.
Kalau tak diambil berat akan hal ini, tak mustahil pada PRU 14 nanti, banyak kawasan majoriti Melayu yang UMNO faraidkan kepada MCA atau MIC akan jatuh ke tangan parti lawan. Orang Melayu sekarang ini dah rasis sedikit. Mereka dah sedar, mereka bukan sahaja mahu wakil rakyat, tetapi mereka mahu suara dan kuasa Melayu yang mewakili mereka. Mereka dah nampak, rakan UMNO dalam BN yang menang atas majoriti yang difaraidkan oleh UMNO tak akan jadi Melayu dan Islam bila mereka bercakap dalam dewan.
Itulah sebabnya UMNO kena tegas. Sudah sampai masanya rakan UMNO dalam BN berusaha untuk mendapat kerusi samada DUN ataupun Parlimen atas sokongan majoriti kaum mereka sendiri.
Hanya dengan jumlah perwakilan Islam dan Melayu yang cukup sahaja mampu mengekalkan ketuanan Melayu di bumi Tanah Melayu ini, bukannya jumlah wakil BN!!!
Dan "tuan-tuan" Melayu yang dah duduk di atas tu, bila dah tahu dan jelas bahawa mereka naik kerana sokongan undi Melayu dan bukannya kaum lain, maka perlulah didahulukan Melayu dalam segala hal. Lebihkan pembangunan di tempat yang memberikan sokongan.
Bila dah pegang kuasa tu, segala peruntukan faraidkan ikut komposi undi yang dapat. Kalau Melayu sokong banyak, banyakkan peruntukan untuk Melayu. Kalau ada tempat-tempat yang dah jelas tak ada sokongan dari bukan Melayu, jangan bagi peruntukan untuk kaum tersebut, suruh mereka mintak dengan calun yang mereka sokong, terpulanglah samada calun mereka nak mintak sedekah ke, atau bawak tabung bergerak ke....lantakkan mereka!
Tapi "tuan-tuan" Melayu kat atas sekarang ni macam lupa pulak kat mana yang sokong mereka. Kalau tempat tu kononnya deposit tetap untuk menang, jemputpun payah nak datang. Yang mereka terhegeh-hegeh ialah datang ke tempat-tempat yang belum tahu menang dan mencurahkan pelbagai peruntukan yang buatkan orang Melayu semakin marah.
Dah ada peluang bercakap dalam persidangan UMNO di peringkat akar umbi ini, maka lepaskan cakap tu. Mudah-mudahan akan kedengaran hinggga ke atas dan UMNO akan terus kuat, besar dan tahan lama!!!
8 comments:
UMNO bila susah baru cari melayu...bila senang lupakan melayu. .
Sokong. Cina mmg takde nak sokong BN dah. Main tarik tali je ni.
Mana ada BN lagi...
Yang ada hanya UMNO jer.
Dua lagi tu bewak idup....toksah layan. !!
Sgt setuju dgn saudara, tetapi adalah lebih baik menyokong melayu Islam yg tak sedar diri daripada Kafirun yg tak pernah ikhlas membantu Islam, hanya berpura-pura.
Sokong.... teruskan agenda yg menguntungkan Melayu dan Islam....bertindak sebelum terlambat dan jangan sesal kemudian x berguna.... bersatulah wahai Melayu di negeri Mu sendiri.
Kalau Pemimipin UMNO masih ingin megekalkan semangat setia kawan, kita org Melayu kena ajar sikit bangsa Cina ini ; Kita tiada pilihan dan masih tetap beli di kedai Cina, ambil barang, bagi duit, terus cabut, tak perlu lagi nak berbual mesra.Tak perlu lg nak bersopan santun dgn mereka ; pastikan satu je kedai cina yg dituju, yg lain tu jgn sokong, kita beli pun utk keperluan harian ; klu yg kurang ajar spt mendahului menuju tempat letak kereta, tengking saja pd mereka, kalau bertanya jalan , jgn layan langsung.jgn beri tempat duduk dlm LRt pd ibu ibu cina yg mendukung bayi mereka, kalau DAP boleh menujukkan sikap benci pd Melayu, kita boleh lakukan sekarang pd Cina kerana mereka bukan lagi rakan yg boleh diharapkan. Semua cina MCA , lebih lebih lg DAP !
Terbaru di Kajang. Terbukti UMNO tak perlu layan bangsa lain. Buang masa, buang modal, buang tenaga. Lebih baik Melayu bersatu.
DATUK YIP KUM FOOK menipu orang IC, dan ramai yang tahu sebab nak main politik, ini teruk di Malaysia, dan sekarang ramai yang menderita...dia juga menggunakan Kuil Buddha (Kuil Buddha Taman Desa Jaya) untuk menipu orang ramai dan penganut Buddha.
Ini berlaku pada En Ng kira-kira 10 tahun yang lalu, kerana En Ng memberikan IC kepada Yip Kum Fook untuk mencari kerja yang perlu disiapkan, kemudian Yip bercakap dengan Ng tentang kerja tersebut dan Yip mengambil IC dari NG...esoknya. Ng datang ke Yip Kum Fook, tetapi tidak dapat melihat bahawa IC dan Yip telah tiada sana lagi (kedua-duanya hilang), Pada masa itu Datuk Yip belum lagi bergelar Datuk dan peguam.
Sekarang Encik Ng menderita dan sangat kecewa dengan apa yang berlaku....sekarang banyak bank telah menyaman beliau(Ng) dan membuat beliau muflis kerana penipu meminjam dan membeli barang dengan IC dan nama
Sebaliknya berhati-hati dengan Simon Low Kok Meng, lelaki ini boleh menipu orang seperti Datuk Yip, dia di hadapan kita sangat baik, dan di belakang kita seperti buaya, cuba memakan kita.
By Ah Chong, Taman Desa Jaya..Kepong
Post a Comment