Dari Sarawak ke Tambak Johor, jauh tu melangkaunya. Tapi itulah hakikatnya bila Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing turut menyibukkan diri dengan isu kenaikan caj tol di CIQ Johor Bahru. Menurutnya,
the toll hike by Putrajaya was akin to the saying “penny wise, pound foolish” rujuk SINI.
Kenapa begitu prihatin sekali James Masing dengan hal negeri Johor, walhal dia bukannya menteri persekutuanpun, cuma setakat jaga Sarawak aje.
Besar sangatkah Dollar Singapura yang didambakan berbanding dengan Ringgit Malaysia? Berapa ramai yang bernasib baik dengan Dollar Singapura itu dan berapa ramai pula rakyat Johor yang sengsara nak hidup kerana adanya kuasa beli Dollar Singapura itu?
Kerana Dollar Singapuralah, kuasa beli rakyat Johor tulen semakin kecil dan sempit. Maka apa sangatlah mahu dibanggakan dengan lambakan Dollar Singapura yang hanya ada di tangan sebilangan kecil rakyat Johor.
Apa sangatlah nak dikejarkan pula dengan tukaran matawang asing Dollar Singapura itu berbanding dengan berapa banyak subsidi yang sepatutnya hanya dinikmati oleh warganegara Malaysia yang disakau oleh warga Singapura kerana murahnya perbelanjaan untuk mereka ke sini? Dengan SD500 yang mereka belanja, berapakah untungnya kita dengan tukaran asing dan sedarkah kita berapa banyak pulak subsidi yang mereka sakau? Bayangkan kalau satu tangki petrol dengan purata lebihkurang 40 liter, berbaloikah kalau kita mengharapkan keuntungan dari tukaran asing? Itu belum kita ambilkira yang kebanyakan mereka membeli keperluan makanan yang kebanyakkan ada subsidi dari kerajaan.
Kalau begitu kenapa James Masing begitu beria? Sebenarnya James Masing risaukan nasib berpuluh ribu Dayak Sarawak yang menetap di Johor Bahru dan bekerja di Singapura.
Ia sebenarnya hanya menyerlahkan kegagalan James Masing memajukan Sarawak dan menyediakan peluang pekerjaan kepada warga Sarawak. Dengan isu caj tol di CIQ, James Masing bimbang warga Sarawak akan menerima tempiasnya dan terpaksa balik ke Sarawak dan tentunya James Masing tak berupaya untuk menyediakan peluang sebaik Singapura kepada warganya sekiranya terpaksa balik ke Sarawak. Untuk itu, terpaksalah James Masing lupakan seketika tugasnya sebagai Menteri Pembangunan Tanah Sarawak dan cuba untuk bersuara tentang hal ehwal Johor walaupun tahu rakyat Johor tak kisah sangatpun tentang kenaikan caj tol tersebut.
5 comments:
Dia risaukan iban di ijb yg kerja di singapura.
Nsmpak sah james masing sibuk dlm permsinan kuasa hingga tak tahu kensikksn tak jejas iban di jb
Sebab mereka gi kerja naik bas kilang warna biru tu. Dulu bayar seringgit saja.
Baik masing jaga dan bela orang iban yg dok diperguna cina di sarawak.
Jgn2 dia sama2 bersekobgkol dgn cina perhuna bangsanya senditi kot???
belik amat ..gagooo
Dia gagal menyediakan perkerjaan untuk Iban Sarawak, apa. Lagi hijrahlah. Sarawak kaya, tapi menteri tidok lena ka.....
Orang JB tak peduli pun kenaikan Tol di Tambak Johor. malah kalau boleh di"up" kan lagi.
Selama ni warga singapura menikmati subsidi secara percuma segala barangan dan perkhidmatan yg di sediakan oleh Kerajaan utk Rakyat Malaysia.
Apa masalahnya Krj Malaysia menampung semula ketirisan tersebut ?.
Yg kerja di Singapura pun bukan pengundi di JB . Mereka bayar cukai di singapura.
Kerajaan perlu istiqamah didalam keputusan ini.
Tak ada kesan apa apa pun pada rakyat Singapura dengan kenaikan tersebut. hari hari kami bersaing dengan mereka di Jalan raya , pasaraya , food Court dan Kemudahan Awam.
lepas ni kerajaan dan melalui PDRM kena letak meja pembayaran saman di CIQ. Banyak saman tertunggak drp kereta Singapura...
Kami sokong tindakan Kerajaan.
Tolong desak kerajaan robohkan tambak johor dan digantikan dengan jambatan baru...!
Post a Comment