TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, September 13, 2014

PAS KELANTAN KETANDUSAN PEMIMPIN PELAPIS


Ini sahaja jentera PRK N01 Pengkalan Kubor PAS? Dah kena pulau dengan orang Kelate ke calon PAS? Biasanya kalau PRK, bukan main lagi ramainya orang PAS yang sanggup jadi jentera pilihanraya. 

Apakah ianya disebabkan oleh sifat kenegerian yang masih menebal di kalangan orang Kelantan? Ini kerana diberitakan bahawa calon PAS bagi PRK N01 Pengkalan Kubor ini bukannya anak tempatan.


Calon PAS berkad pengenalan 02, bukannya 03 yang sepatutnya bagi menunjukkan ia sebagai anak jati Kelantan. PAS ambil orang luar sebagai calon. Apakah PAS Kelantan sudah ketandusan pemimpin untuk dipilih?

Namun begitu, bagi PAS, bukan soal calon yang paling utama dalam setiap kali pilihanraya. Kriteria calon, samada tua ke muda, lelaki ke perempuan, pandai atau kurang pandai, bukanlah ciri yang diutamakan. Apa yang diutamakan oleh PAS ialah;


....sama ada kalah atau menang, TABUNG mesti dilancarkan dahulu. Pilihanrayalah alasan paling baik untuk mengusung tabung menyakau duit para penyokongnya. Kalah menang, PAS tetap untung!!!

Belum pilihanraya lagi, pengundi dah kena menyumbang kepada calon PAS. Eloklah kalau para pengundi di DUN N01 Pengkalan Kubor mahukan calon yang boleh menyumbang kepada mereka, pilihlah calon Barisan Nasional, TUAN HJ MAT RAZI MAT AIL.



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI