TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, September 15, 2014

KALAU UPSR BOLEH BOCOR, APATAH LAGI.....


Minggu lepas kita dikejutkan dengan berita bahawa kertas peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris untuk UPSR bocor. Hebat sangatkah mendapat sijil UPSR dengan keputusan super cemerlang dengan kertas peperiksaan yang bocor? 

Kalau peperiksaan UPSR yang tak menjanjikan apa-apa itu, masih ada yang membocorkan soalan, bagaimana dengan peperiksaan yang lebih besar lagi?

Dengan soalan yang dirahsiakan, masih ada yang ikhtiar untuk membocorkan soalan, bagaimana agaknya kita mahu menilai sejauh mana BENARnya keputusan keputusan para pelajar nanti dengan sistem PBS?


Dengan PBS nanti, soalan tak perlu bocor lagi. Guru menilai sendiri murid mereka.

Dengan tekanan dari pihak kementerian yang yang menetapkan pencapaian murid sebagai kayu ukur prestasi guru dan sekolah, bolehkah kita menerima segala pentaksiran berasaskan sekolah itu?

Dengan PBS, rasanya tiada istilah soalan bocor lagi!!!

3 comments:

Anonymous said...

cikgu pula terlibat dengan rasuah pemberian emak bapak, atau saudara mara cikgu semua dapat A+++++

Anonymous said...

jika emak atau bapa murid mengajar di sekolah yang sama ( cikgu la tu )..ataupun berkawan baik dengan cikgu kepada anak..for sure bias akan berlaku. maklumlah, faktor manusia. siapa boleh halang? soalan peperiksaan kebangsaan pun boleh bocor..inikan pula setakat peringkat sekolah saja.

memang tak boleh blah konsep ini. kalau iya pun, peruntukkan hanya beberapa peratus sahaja. peperiksaan utama tetap diperlukan.

Anonymous said...

Agak2 la nak komen. Saya ni cikgi. Siap remind students...your destiny is in your hand. If you do not pay attention and play the fool in class, it is your future which is at stake. I am being very technical here since the final exam is looming near....hehe? Pls appreciate our effort.
Takkan la cikgu buat camtu. Kami ada S.O.P. tau, dan kawalan dan pementoran adalah sgt ketat. Tapi kalau ada juga 'bad apples' tu, tak tau nak kata apa lah.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI