TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, December 31, 2013

DEMO TURUN KE PULAU PINANG

Kejadah apa cacai-cacai Pakatan Rakyat nak berhimpun TURUN sempena tahun baru ini di Kuala Lumpur? 2014 adalah tahun yang sepatutnya disambut dengan NAIK, bukannya TURUN. Kita kena raikan kehadiran 2014 dengan slogan NAIK.... alu-alukan segala perkara yang naik. 

          
Untuk maju ke depan, kita tak boleh TURUN, kita kena NAIK. Apa cacai Pakatan tak paham lagi ke dengan signal yang dah Guan Eng beri. Tahun 2014 ini Guan Eng NAIK taraf. Guan Eng dah tak sesuai lagi pakai Toyota Camry. 2014 nanti Guan Eng akan keliling Penang naik Mercedes S300!!!

Kalau Guan Eng boleh NAIK, apa nak bising-bising dengan TURUN? Kalau betul korang nak TURUN, korang pindah tempat demo, korang pergi ke Penang dan suruh Guan Eng TURUN dari menggunakan Mercedes S300 tu. Standard biasa Guan Eng kalau tak NAIK hanyalah guna basikal keliling pulau.


Saturday, December 28, 2013

ISA SAMAD JAGA SIAPA - BERAPA DIVIDEN DAN BONUS KPF SELEPAS INI?

             
Mungkin selepas ini, kalau Isa Samad mati, matanya akan pejam... puas, akhirnya dapat juga diambil kepentingan KPF dalam FHB untuk dimasukkan ke dalam FGVH.

Agaknya Isa Samad ni jaga siapa? Jaga warga Felda atau jaga siapa? Kalau dia jaga warga Felda, kenapa nak kacau perniagaan KPF dalam FHB yang diakui merupakan kumpulan yang perniagaan yang menjana keuntungan tinggi? Kalau KPF kekal dalam FHB, tentulah keuntungan yang diperolehi akan seratus peratus dinikmati oleh warga Felda. Tapi kalau keuntungan itu dah masuk dalam FGVH, berapa kerat warga Felda yang mempunyai saham dalam FGVH?

Selepas tiada saham dalam FHB, agaknya selepas ini berapa dividen dan bonus dari saham KPF yang akan dinikmati oleh warga Felda? Nak suruh KPF melabur semula dengan modal tunai yang ada, agaknya dapatkah modal tersebut dilaburkan di tempat yang memberi pulangan setinggi FHB? ...dan agaknya dengan modal tunai yang tinggi dalam KPF sekarang ini, agaknya siapa pulak yang berebut nak jadi hero.....???


Friday, December 20, 2013

APA YA...

       
Membaca berita di atas, tertanya pulak aku, "apa iya???". Apa tidaknya, ke mana sahaja duduk dan berbual, semua lapisan masyarakat bercerita tentang segala macam kemungkinan "naik" pada tahun hadapan.

Maka, untuk seketika ini hingga tahun depan, aku menunggu apakah benar PM kita mendengar keluh kesah rakyat bawahan, atau hanya mendengar bisikan dari Pemandu! ....entah ke mana agaknya kita selaku penumpang akan dipandu mereka? ...ikut highway ke, ikut jalan lama.


Tuesday, December 17, 2013

DAKYAH SEPANJANG TAHUN

         
Ni dah nak masuk tahun 2014. Korang tengok apa yang YB DAP buat? Mereka menyusup segala pelusuk lorong, ambil kesempatan dari sikap kedekut pekedai yang kebanyakkannya tak buat kalender untuk tahun 2014 ini, dengan mengageh-agehkan kalender percuma keluaran DAP.

Dalam parlimen Kulai, khabarnya mereka mencetak 30,000 kalender!!! Nampaknya hampir kebanyakkan rumah dalam Parlimen Kulai akan terpampang dengan kalender DAP sepanjang tahun 2014 ini.

Nak tunggu kalender dari UMNO ataupun BN....emmm...kalender poketpun tak nampak bayangnya. Nampaknya politikus DAP lebih advance dalam kempen psikologi mereka untuk memenangi hati pengundi. Walaupun kalender tersebut tak seberapa harganya, tapi sepanjang tahun ditatap. 


ARTIKEL HANGAT BULAN INI