TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, May 22, 2011

SAMPAI BILA MAXIS NAK TIPU ORANG KAMPUNG

Kejap tadi aku buka peta liputan broadband maxis. Saje nak check pasal dah teramat bosan dengan speed yang slow. Kawasan permainan aku, Felda Bukit Ramun, Felda Bukit Besar, Felda Sungai Sayong, Felda Pasir Raja dan Ladang Yayasan Johor. Kalau tengok kat map liputan tu, Maxis claimed yang kawasan ni ada EDGE coverage. EDGE kebenda, kalau tiap kali download speed cuma purata 30-40 lebih kpbs!!!

SKMM patut pantau syarikat multimedia ni, kalau coverage setakat GPRS aje, jangan le claim EDGE. Kita pengguna yang tertipu. Masa nak register check kat kedai, kedaipun berpandukan dia punya map tu, so kedai tak le salah bagitau kat kawasan ni ada EDGE. Hakikatnya bila guna internet, GPRS aje.
Haprak punya MAXIS!!!

Satu lagi kawasan ni macam dianak tirikan, kalau tengok keliling semua dah ada 3G, cuma kawasan ni aje macam kolam, masih di GPRSkan. Bukan aje oleh Maxis, bahkan oleh Celcom dan DIGI. Patut ke tulis surat kat Rais Yatim???


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI