TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, June 18, 2011

BERSIH oleh PENGOTOR

Telah banyak laporan polis yang dibuat berkaitan dengan perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak dapat menerima budaya kasar dan ganas dalam menyuarakan sesuatu pendapat.



Ini bukanlah bermakna rakyat Malaysia dinafikan hak untuk bersuara dan berkumpul, tetapi ianya hendaklah dilakukan denga cara yang lebih bertamadun dan terpelajar. Berkumpullah seramai manapun, tetapi tempatnya hendaklah bersesuaian tanpa mengganggu gugat keharmonian dan keamanan orang lain. Perarakan dijalanan dengan terpekik terlolong jelas ditolak oleh majoriti rakyat.


Alangkah baiknya 100,000 datang membersihkan KL
Perarakan BERSIH itu nanti sekiranya berlaku akan mengakibatkan kerosakan yang bukannya sedikit. Orang bodoh sahaja yang akan menilai kerosakan yang terjadi melalui berapa banyak tingkap kereta dan cermin kedai yang pecah. Kerosakan yang terjadi adalah lebih besar dari itu.


Kerosakan yang paling besar adalah imej negara di mata masyarakat dunia. Dunia akan melihat bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang aman. Masyarakat dunia akan menilai bahawa rakyat Malaysia terdiri dari golongan perengus yang suka mengaruk. Masyarakat dunia akan mengatakan bahawa Malaysia bukanlah lagi sebuah negara yang aman. Ini akan merencatkan kemasukan pelaburan baru yang masih tidak lagi mengenal hati budi rakyat Malaysia yang sebenarnya. Kita tidak tahu pula, akibat liputan media asing, berapa ramai yang membatalkan niat percutian mereka ke Malaysia. Kalau ingin dirungkai, terlalu banyak harga yang perlu kita tanggung.


Kalangan peniaga tempatan dari yang berniaga di warung, di kedai, di pusat belibelah, pemandu teksi malahan semuanya yang berada dalam jajaran jalanan perarakan itu akan mengalami kerugian. Jika diambil kira kepada para pemandu yang terpaksa membakar petrol yang lebih pada hari itu kerana kesesakan jalanraya, betapakah ramai orang yang tidak berdosa terpaksa menanggung akibatnya.


Media tempatan juga tentunya akan merasa serba salah dalam membuat liputan. Apakah perlu atau tidak untuk membuat liputan. Atau apakah sikap merusuh dan terpekik terlolong di jalanan yang ingin kita pertonton dan semaikan kepada anak-anak kita. Tanya pada diri sendiri, adakah anda suka kiranya anak anda memekik di halaman rumah sekiranya kehendaknya tidak dipenuhi oleh kita? Sedangkan sekiranya anak kita yang berumur 2-3 tahun memekik di supermarket kerana hendakkan sesuatu baranganpun kita sudah merah muka, maka apakah yang ingin turut serta dalam perarakan BERSIH itu nanti terdiri dari orang-orang yang tidak mempunyai perasaan.


Kerajaan melalui KDN perlu bertindak tegas dalam hal ini. Pembangkang nampak seolah-olah kerajaan pada hari ini tidak mempunyai kekuatan untuk bertindak. Kerajaan tidak perlu mengambil langkah yang terlalu lemah lembut untuk popular. Rakyat sudah dapat membezakan. Sebagai contoh, pada zaman Tun M, banyak tindakan yang tidak popular yang telah diambilnya, tetapi rakyat masih memberikan sokongan yang besar kepada kerajaan BN. 

Sayang sekali, cara dan bentuk Tun M mentadbir tidak diteruskan oleh penggantinya, maka itulah sebabnya sekarang bukan sahaja pembangkang yang sudah berani menjolok mata, malah kawan sendiripun dah berani sekel kepala kita. Pemikiran dan tindak tanduk rakyat yang dahulunya BERSIH kini telah KOTOR kerana tindakan kerajaan selepas Tun M untuk popular.

4 comments:

Unknown said...

Salam bro. Apa yang mereka nak bersih kan tu..?..sebenarnya diri merekalah yg perlu di bersihkan dulu. Diri mereka terlalu amat kotor, dan kini mereka mengheret rakyat supaya kotor mcm mereka.....

TiS said...

IBM,
Kita patut senaraikan apa barang yang patut mereka bawa untuk BERSIH tu nanti.

Anonymous said...

SALAM SAHABAT, ENAL

KEPADA DEPA YANG TERINGIN SANGAT NAK BERDEMO BERSIH TU..AYUH SILAKAN...

BILA KENA FRU PANCUT NAGN AIR KUMBAHAN SOK..JANGAN KATA ZALIM PULAK!!

TiS said...

Sdr MNor
Dia org tak kena pancutpun dah kata orrg zalim. Tapi pemimpin dia memancut merata tempat dia kata bagi sedekah!!!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI