TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, June 17, 2011

PENDAFTAR PEMILIH SPR DI FELDA

280 Anak Peneroka Dilantik Penolong Pendaftar Pemilih
TANJUNG MALIM, 17 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jumaat melantik 280 sukarelawan terdiri daripada anak-anak peneroka Felda sebagai penolong pendaftar pemilih, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata sukarelawan itu adalah anggota Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang kesemuanya terdiri daripada anak-anak peneroka dari seluruh negara. Katanya semua 280 sukarelawan yang dilantik itu bertanggungjawab untuk mendaftarkan mereka yang layak mengundi di semua kawasan tanah rancangan Felda di Semenanjung dan Sabah.

"Saya menyeru semua terutama generasi baru Felda yang belum menjadi pengundi supaya segera mendaftar sebagai pengundi melalui sukarelawan GWGF yang sudah dikenali di kawasan masing-masing," katanya selepas menyerahkan watikah lantikan pada majlis perjumpaan khas GWGF di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda, Feldajaya Trolak, Sungkai, di sini Jumaat.
 
Ahmad berkata pelantikan itu adalah yang julung kali membabitkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu mendaftarkan pemilih di tanah rancangan Felda.

Mengenai perjumpaan berkenaan, beliau berkata 285 sukarelawan GWGF serta pengurus 317 tanah rancangan Felda seluruh negara menyertai program dua hari itu yang bertujuan memberi latihan berkaitan hala tuju GWGF dan Felda serta memberi maklumat berkaitan kerjaya dan modal insan khusus untuk warga Felda.

-- BERNAMA

Ni pasti Tok Mat Maslan tahu bahawa ramai anak peneroka yang tak mendaftar lagi sebagai pengundi.  Dia orang dah senang Tok Mat, ramai yang dah lupa masa susah. Jangan cuma wujudkan jawatan Penolong Pendaftar Pemilih saja, kena juga wujudkan skuad untuk menyenggok kepala-kepala mereka yang dah miring ke kiri aje tu. Nak harapkan Unit Seranta, anggotanya tak seramai mana. Perang saraf melalui sentuhan orang per orang lebih berkesan dalam masyarakat Felda dari melalui program besar-besaran yang melibatkan perbelanjaan yang banyak.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI