TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, June 25, 2011

KJ & HISHAM : LIABILITI KEPADA UMNO DAN BN

Terkadang aku terfikir, disebalik musibah ada rahmat. Sekiranya si Ambiga yang biol dan gila tu tak sibuk nak buat perhimpunan BERSIH 2.0, kita orang-orang Melayu terutamanya yang menyokong UMNO dan BN akan terus terleka. Terleka dengan senda dan gurau manusia yang kita lantik sebagai pemimpin yang kononnya boleh membantu kita.


Dengan adanya BERSIH 2.0 ini, sekurang-kurangnya  kita kenal kulit sebenar pemimpin kita. Yang paling jelas ialah KJ dan Hisham kini akan menjadi liabiliti kepada sokongan Melayu terhadap UMNO  dan BN.

Hisham yang dipertanggungjawabkan memegang keris Melayu, nampaknya gagal atau tidak berupaya bukan sahaja untuk menggunakan keris tersebut, malah menghunusnya pun dia tidak mampu. Mungkin keris tersebut terlalu berat untuknya. Ini menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit dikalangan Melayu yang mana sekiranya tidak diambil tindakan oleh pucuk pimpinan mungkin akan mengurangkan undi Melayu dan juga bangsa-bangsa lain yang selama ini menyokong BN yang yang tidak suka kepada apa-apa bentuk keganasan dan huru-hara.


Sementara KJ pula setelah kokoknya berderai-derai, setelah kokoknya disambut, belumpun sempat bertentang mata, dalam situasi yang boleh dikatakan gawat iaitu dalam minggu-minggu terakhir untuk masuk ke gelanggang, keluar ke Gaza meninggalkan para pengikutnya tanpa pendekar. Pendekar jenis apakah ini? Atau kokoknya setakat kokok ayam serama yang hanya berkokok untuk memikat dan hanya untuk hiburan sipeminat sahaja. Kalaupun tidak menjadi ayam sabung, jadilah ayam kampong, bila dah berkokok pasti mengepak!!! Ini tentunya akan mengecewakan para Pemuda yang telah tercabar dengan kokokannya. 


Sekiranya PRU13 sebelum pemilihan UMNO, tentunya kemarahan Melayu kepada dua insan ini akan diterjemahkan melalui peti undi. Keputusannya, Ambiga dan DAP juga yang ketawa besar.


1 comment:

ajai62 said...

Assalam Bro

KJ ni KP UMNO yang paling bengap sekali.. Apa ke jadahnya dia ke Palestine sedangkan dia sepatutnya bersama-sama kerajaan menidakan agenda Bersih untuk membuat kacau.. Mesti nak cari publisiti murah kononnya berjuang untuk rakyat Palestin... Dia ni KP bacul...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI