TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, June 21, 2011

RAKYAT MULA BOSAN DENGAN HISHAM

Semakin kuat kedengaran suara meminta Hisham dan KDN bertegas dalam isu BERSIH 2.0. Namun hingga kini ianya masih senyap, sunyi dan sepi selain dari amaran terdahulu yang diberikan.
  
Keris Hisham hilang dalam peti ais
Suara-suara ini jelas menunjukkan bahawa, majoriti rakyat tidak suka kepada sesuatu yang akan membawa bala bencana kepada kehidupan harian mereka. Rakyat tidak mahu apabila telah berlaku sesuatu perkara buruk, baharulah hendak diambil tindakan. Provokasi-provokasi dari pihak yang menganjurkan BERSIH 2.0 mahupun yang menentang perhimpunan tersebut, jelas menunjukkan sekiranya tidak diambil tindakan awal, akan berlaku satu catatan sejarah hitam buat Malaysia.

Rakyat tidak mahu pentadbiran negara mengambil mudah perkara ini. Api yang mula membakar harus segera dipadamkan. Kita selaku rakyat tidak mahu kejadian seperti kes menggodam website kerajaan baru-baru ini berlaku. Walaupun telah diberi amaran, disebabkan sikap ambil mudah, maka banyak website kerajaan telah digodam, walhal perkara ini boleh dielakkan dari awal lagi. Apakah Hisham dan KDN mahukan perkara sebegini juga?

Pembangkang memang mencari jalan supaya kerajaan mengambil langkah atau tindakan yang tidak popular. Tetapi sekiranya dengan mengambil langkah untuk popular pula akan menyebabkan kesengsaraan rakyat, maka tidak mustahil pada PRU 13 nanti akan lebih ramai lagi rakyat yang akan menolak BN dengan alasan kerajaan tidak cekap dan tidak serius dalam menjaga kebajikan rakyat. Sekiranya berlaku peristiwa hitam akibat perhimpunan BERSIH 2.0 itu nanti, nescaya kerajaan juga yang akan dipersalahkan oleh rakyat, bukannya pembangkang, bukannya Ambiga yang biol itu. Maka sebelum terlambat, bertindaklah…walaupun tidak popular, tetapi percayalah, dalam diam rakyat akan faham rasionalnya. Rakyat Malaysia yang bijak kini melebihi yang dungu dan bahlol, kerajaan kena berani.

P/s 
Aku bimbang sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 berlaku, rakyat dah berhimpun tunjuk perasaan cari Hisham.



8 comments:

Anonymous said...

kalau menteri KDN lembik ala milo suam senang la orang nak pijak kerajaan,sebagai menteri KDN keselamatan negara ditangan beliau jadi gunakan kuasa serta undang2 yang perlu sebelum sesuatu terjadi,kalau dah terjadi nak buat apa2 dah tak guna,aku pun dah tak respect cara menteri KDN ni mcm xbuat kerja

Anonymous said...

Pembangkan gempak suruh hapuskan isa, dan hasilnya isa hanya digunakan untuk tahan ketua ajaran sesat islam dan melayu saja kebelakangan ini, jadi berhasil lah acah acah pembangkan.

Anonymous said...

aku memang dah lama tak berkenan dengan cara pemikiran Hisham ni. Korang tengok saje apa yang dah berlaku sekarang. Agama Islam bebas dipermainkan, isu perkauman dibiarkan bermaharajalela, Melayu diperkotak katika oleh kaum rasis DAP, perpaduan kaum dah hampir ke tahap genting, sensitiviti agama sudah tidak ada nilainya dan banyak lagi isu yang telah diperkatakan tapi apakah tindakan KDN?? Habuk pun tarak!!!kalau adapun cuma statement 'kita akan siasat dan bagi amaran'. Selama Hisham pegang KDN ni berapa banyak isu2 sensitif yang dia telah selesaikan??..'Porcik..eelek'..tak taula aku menteri macam nipun nak disimpan lagi. Hunus keris lepas tu sarung balik bolehla!! Mentang2 sepupu DS Najib so dia kira dia akan selamat sampai bila2..boring betulla..

Unknown said...

Salam bro. Apa Tak bosannya. asyik 'warning, warning...x habis2 dgn warning. Bila pula nk bertindak..?...lebih kurang mcm "NATO" le dia ni.
No Action Talk Only....hehehe..

Anonymous said...

Hisyam ni penakut, kalau nak tau. dia tak berani nak hadapi Lim Kit Siang dan Karpal serta lain-2 pemimpin pembangkang. ingat tak dulu waktu digembar-gembur masaalah Hisyam dgn KPN dulu, hampir nak terkencing dibuatnya. banyak isu lagi yang Hisyam nampak sangat takut untuk bertegas, elok ditukat saja dgn Ibrahim Ali sebagai Menteri KDN baru ok.

Ular Menyusur Akar said...

Rakyat mula bosan? Dah lama bosan...

Anonymous said...

AJAR AJA BN NI...MCM ERA DOLAH..NAK POPILAR KONAN..BERAK LAH BN..BARANG NAIK, BILA NAIK, BARU NAIK, BERAPA NAIK, BANYAK NAIK..MENTERI AMARAN MEMBUAT POLIS KITA LEMAS...LEMAH...TAKUT..KECUT TELOR...TAK ADA SE EKOR AHLI BN AKAN SOKONG POLIS..MEKA SOKONG PAKATAN JIKA POLIS BERTEGAS DAN BERKASAR WPUN IKUT UNDANG2..BERBALOIKAN PAK POLISI SEMUA !!!!..NANTI POLIS YG KENA SAMAN/KENA MAKI/KENA BODOH/MASUK HOSPITAL/KENA SIASAT..TAK LELAP TIDUR ...MENETRI AMARAN DAN KUNCU2 MEKA SENANG2 MAIN GOLF..MEKA AKAN KATA MAMPOS LAH HANG SEMUA..JANJI PAKATAN AKAN PUJI AKAN BAIK..BIJAK.MCM PAK LAH LAH BEBAL

AJAI62 said...

Assalam Bro

Pasal jantan bapok sorang ni malas komen...dah penat..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI