Pembahagian kerusi yang adil |
Nampak gayanya pembahagian kerusi untuk PR13 dikalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat terus menemui jalan buntu. Masing-masing ingin terus mengekalkan kerusi yang telah dimenangi dalam PRU12 dan dalam masa yang sama ingin menambah lagi kerusi di lain-lain tempat. Kompromi pembahagian kerusi tidak mungkin tercapai.
PAS Selangor yang mencadangkan agar setiap kawasan dibuat pembahagian sama adil iaitu sekiranya parti tersebut meletakkan calun untuk parlimen, maka DUN pula akan diletakkan calun dari parti lain mendapat sambutan dingin. Masing-masing sudah tak mahu mengalah. Semua parti ingin menguasai Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Setidak-tidaknya, Pakatan Rakyat Selangor memang tidak dapat menerima cadangan tersebut. Di Selangor, seperti yang diketahui bahawa DAP yang berkuasa penuh menolak cadangan yang dikemukakan oleh Khalid Samad itu. Ini kerana mereka telah mempunyai pengalaman dengan kerajaan pakatan di Kedah, yang mana mereka iaitu DAP telah terpaksa bertindak seperti pembangkang.
Rebut....siapa cepat dia dapat |
Bagi DAP, dalam suasana sekarang, samada PAS ada ataupun tidak, ianya tidak menjadi hal. DAP kini telah sombong sementelahan lagi melihatkan dasar perjuangan PAS yang tidak konsisten, PAS gagal mendapat pengiktirafan dari rakan dalam Pakatan Rakyat. Selain dari itu DAP tidak yakin sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan, apakah ianya dapat diterima dengan baik bagi negeri yang telah dikuasai oleh PAS seperti Kelantan dan Kedah? Akhirnya nanti PAS hanyalah akan menjadi Pak Turut.
No comments:
Post a Comment