TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, July 31, 2011

INDON ADA 3 AWAL RAMADAN

Para pengikut Tarikat Naqsyabandiyah di Padang, Sumatera telahpun memulakan puasa pada hari Sabtu, 30 Julai 2011. Mereka telahpun memulakan solat Terawih semenjak dari Jumaat malam  kelmarin. 
Pengikut Tarikat Naqsyabandiyah di Padang telah bersembahyang Terawih malam kelmarin.
Manakala terdapat sebahagian lagi akan memulakan puasa pada hari Ahad ini dan majoriti rakyat Indonesia akan memulakan puasa pada hari Isnin.

Diharapkan agar umat Islam di Malaysia tidaklah akan terpecah sebagaimana di Indonesia. Itulah pentingnya taat kepada pemerintah. Sekiranya umat Islam taat akan pemerintah, tentunya perkara mula berpuasa dan menentukan tarikh hari raya tidak akan bercelaru.

PEMBETULAN TERKINI 31 JULAI 2011
Saya baru mendapat teguran dari seorang pembaca sebagaimana yang saya perturunkan di bawah ini;
 
Mahfuz said...
Aslkm,
saya baru menghubungi sahabat yg berada di Pusat Suluk Babussalam Langkat, Padang Sumatera utk mengesahkan berita yg saudara tulis. Tenyata tidak benar sama sekali. Di harap pihak tuan dapat memperbetulkan kenyataan yb memberi impak negetif kpd sesuatu organisasi.
July 31, 2011 2:21 PM

Berita dan gambar yang yang buat posting tersebut diambil dari Jakarta Post yang mana linknya terdapat pada tulisan berwarna merah dibawah gambar. Sekiranya benar apa yang dilapor oleh Jakarta Post tersebut, saya memohon maaf kepada para pembaca. Wassalam.



3 comments:

Anonymous said...

Ahli PAS ikut Pemerintah kerjaaan Msia (BN) ke????..atau tggu Nik Aziz istihar...SElamat menjalani ibadah Puasa dgn penuh khusuk

Mahfuz said...

Aslkm,
saya baru menghubungi sahabat yg berada di Pusat Suluk Babussalam Langkat, Padang Sumatera utk mengesahkan berita yg saudara tulis. Tenyata tidak benar sama sekali. Di harap pihak tuan dapat memperbetulkan kenyataan yb memberi impak negetif kpd sesuatu organisasi.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

W, salam Sdr Mahfuz,
Berita dan gambar yang saya tulis tulis adalah diperolehi dari Jakarta Post. Link tersebut ada dipautkan pada tulisan merah di bawah gambar. Sekiranya berlaku kesilapan, ianya tidak disengajakan.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI