TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, July 30, 2011

PAS SERIBU KALI GAGAL

Presiden PAS, Hadi Awang berkata bahawa Umno yang selama ini mendakwa kononnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebenarnya, gagal dalam merealisasikan hasrat menggunung mereka untuk memperjuangkan Islam. Dakwaan itu dibuatnya ketika berucap di hadapan penyokong PAS di padang awam, Taman Bandar  Baharu, Sungei Lalang, Sungai Petani malam tadi.

Kalau UMNO sekali gagal untuk memperjuangkan Islam, PAS seribu kali gagal. Ini kerana UMNO berjuang tanpa ada apa-apa slogan memancing tentang Islam. Apa yang difikirkan baik untuk umat Islam, terus dilaksanakan. Bagaimanapun PAS berjuang dengan slogan. Pelbagai slogan demi slogan dilaungkan, namun tiada satupun yang menjadi kenyataan.

Kalau berkempen dan bertanding membuat slogan, PAS memang menang. Namun perjuangan mereka hanyalah pada ceramah-ceramah pungut derma yang dijalankan. Selepas dari itu, setelah selesai mengira pungutan derma, selesailah juga perjuangan mereka untuk memperjuangkan Islam. 

Kalau nak dikatakan mereka tidak mempunyai peluang untuk melaksanakan apa yang mereka laung-laungkan, PAS telah lama memerintah Kelantan. Namun begitu hingga ke hari ini, Kelantan tidaklah lebih Islamik dari mana-mana negeri lain. Perjuangan Islam PAS tidak lebih dari perjuangan memancing sokongan golongan yang inginkan jalan mudah ke syurga. 

Akhirnya setelah yakin jalan mereka ke syurga, mereka ubah pula konsep Islam mereka kepada kebajikan. Kini mereka lupakan perjuangan Islam mereka kerana telah yakin tempat mereka di syurga dijamin dan tidak langsung merasa bersalah bersekongkol dengan mereka-mereka yang secara terang-terangan menghina dan memburuk-burukkan Islam. Kalaulah yang menghina dan yang memburuk-burukkan Islam itu yang bersekongkol dengan PAS, mungkin PAS berjaya dalam perjuangan Islam mereka, tetapi jika PAS yang beria-ia laksana hidung tak mancung, pipi yang tersorong-sorong menawar diri untuk bekerjasama hingga sanggup menggugurkan perjuangan Negara Islam mereka selama ini, itukah yang Hadi Awang katakan berjaya?

1 comment:

Anonymous said...

PAS sebibu kali gagal?

Kan MB Kedah dah paparkan "Kejayaan Kami" pada papan tanda di pintu masuk Tol utara! Hangpa tak baca ka! mula-mula letak di sebelah kanan di simpang empat tol sebelah utara, kemudian pindah ke sebelah kiri pulak. dan akhirnya dah hilang.

Itu beru beberapa kejayaan saja, sikit masa lagi "kami" akan paparkan seribu lagi "Kejayaan Kami".

Aku nak tunggu pengumuman tentang kejayaan Meneroka untuk menambah kawasan bendang yang laung-laungkan oleh MB selepas mengambil alih Negeri Kedah dulu, kedua memulihkan bangunan terbengkalai "Komplek Tengku Yaakob" sebagai hotel bertaraf 5 bintang.

Warga Sebelum Merdeka

ARTIKEL HANGAT BULAN INI