TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, July 22, 2011

PEMBANGKANG MALAYSIA ANTI PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG

Pembangkang Malaysia mempunyai mentaliti negatif terhadap undang-undang. Bukan sahaja terhadap polis, malah apa-apa juga agensi yang menguatkuasakan undang-undang tidak akan terlepas dari cemuhan dan kritikan pihak pembangkang. Pembangkang sebenarnya ingin menanamkan perasaan benci rakyat kepada penguasa undang-undang.

Itulah wajah sebenar pembangkang Malaysia. Mereka adalah sekelompok manusia yang ingin hidup seperti haiwan, bebas tanpa ada batasan. Apa-apa juga bentuk undang-undang dilihat oleh mereka sebagai sesuatu yang menyekat kebebasan. Bagaimana untuk menjadi pemerintah sekiranya mereka tidak menjunjung kedaulatan undang-undang? Sikap kurang ajar mereka sudah sampai ketahap mempersoalkan keputusan Suruhanjaya DiRaja Siasatan. 

Apapun keadaannya, tahniah diucapkan kepada semua penguatkuasa undang-undang di Malaysia ini kerana masih mempunyai semangat yang tinggi dalam menegakkan undang-undang walaupun menerima pelbagai tohmahan dan cemuhan dari puak pembangkang. Pihak pembangkang lupa bahawa sekiranya mereka memerintah, itulah polis, itulah pengawai pencegah rasuah dan itulah juga undang-undang yang akan mereka guna pakai. Pembangkang Malaysia harus diingatkan bahawa undang-undang yang digubal bukannya untuk perhiasan.


2 comments:

Unknown said...

Salam bro.

Negara kita memang bernasib malang kerana mempunyai PEMBANGKANG yang tak reti undang-undang. Mentaliti mereka lebih teruk dari fahaman KOMUNIS.

Apapun tahniah sekali lagi kepada semua penguatkuas di Malaysia ini kerana telah menjalankan tugas dgn baik. Malaysia boleh!

TENGGARA is SOUTHEAST said...

W'salam Sdr Ismail.
Jahanam negara kalau pembangkang menang PRU 13 nanti. Sama-sama kita ingat mengingatkan sebelum terlambat. Salah pangkah kita yang kena pangkah.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI