TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, July 31, 2011

SALE PAS SEMPENA RAMADAN

Seronok juga membaca kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Harakahdaily yang mengatakan bahawa usia DS Najib selaku Perdana Menteri bakal berakhir dalam masa terdekat ini. Hal ini Salahuddin bercakap depan penyokong PAS di Seksyen 18, Shah Alam. Perghhh....Salahuddin dah jadi Nujum, tapi bukan nujumannya yang ingin dibicarakan, tetapi apa dia punya salemanship.


Nujum PAS ni sambil bercakap sambil buat sale. Kalau SOGO sibuk buat sale sempena menyambut Ramadan, Salahuddin tak mahu ketinggalan. Salahuddin sambil berceramah sambil jual lemang. Biasa lah, kalau pergi dengar ceramah PAS mana ada yang free, mesti kena punya. Kalau poket tak berduit, jangan datang le ke ceramah PAS, nanti malu aje. Ada saja benda yang disogok kepada para pendengar ceramah mereka agar terkeluar duit dari poket mereka ke dalam tabung PAS.

Kalau mengikut kenyataan Nasrudin Hassan dahulu, sepanjang Ramadan ini, mereka akan bergerak keseluruh pelosok negara. Nampaknya sepanjang Ramadan ini, penuhlah dengan acara "sale" PAS. Setakat ni yang dah tentu termasuk dalam barangan jualan mereka ialah lemang, DVD bersih, mungkin baju raya kuning, kopiah kuning, sampul duit raya kuning dan macam-macam lagi. Akhir-akhir ini PAS dah semakin hampir lupa dengan warna hijau mereka. Nak jual lemangpun, mereka pastikan buluh tu tak terhangus, biar cantik kuningnya. Agaknya pulut lemang kat dalampun mereka letak kunyit.

Bab buat "sale" sambil berucap ni, memang aku salute kepada semua para pemimpin PAS. Tentu bergaya sakan para penceramah PAS pada Raya ni sebab tahun ni banyak dagangan yang boleh dibuat semasa membuat ceramah. Lagi banyak barang dagangannya, lagi ramai le yang terkena.

2 comments:

HHalem said...

Betui la Boss:-)

Sekarang semua kuning.

lemang kuning, pulut kuning.

envelope kuning.

Baju raya kuning.

Nanti kita tengok raya ni.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

HH,
Nak tengok depa pakai sunglass kuning. Sure gempak!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI