Entah di mana silapnya, Malaysia boleh memilih seseorang yang tak faham bahasa sebagai Sasterawan Negara. Amaran kerajaan, samada di media cetak mahupun media elektronik sangat jelas. Kerajaan melarang sebarang bentuk perhimpunan jalanan oleh BERSIH demi menjaga ketenteraman awam. Sebagai alternatif, kerajaan telah menyarankan agar kumpulan BERSIH memohon permit polis dan berkumpul di Stadium yang berada di luar Kuala Lumpur untuk mengelakkan kesesakan.
Seorang Sasterawan Negara yang tidak faham bahasa, berkeras mengikuti kumpulan BERSIH berarak di tengah Kuala Lumpur dan kemudiannya menyalahkan pihak polis atas segala kesulitan yang dialaminya. Sebenarnya bahasa yang telah digunakan oleh kerajaan adalah bahasa yang mudah yang kanak-kanakpun memahaminya.
Kerana tak faham bahasa atau tak reti bahasa, akhirnya Samad Said menyatakan kebenciannya yang amat sangat terhadap kerajaan (rujuk SINI) yang selama ini telah menyanjung tinggi dirinya. Sekiranya pihak kerajaan tidak mengangkat dan mengiktiraf kerja-kerjanya selama ini, mungkin Samad Said pada hari ini hanyalah seorang hippies tua yang mungkin disangka kurang akal oleh orang yang lalu lalang.
Kerana tak faham bahasa jugalah, Samad Said menyalahkan pihak polis kerana menyekat laluannya untuk ke Istana Negara pada Sabtu lepas. Walhal kalau Samad Said reti bahasa, dia tak akan menyalahkan pihak polis kerana umum tahu bahawa dia telahpun bertemu dengan DYMMYDP Agong tetapi tidak mengambil peluang tersebut untuk menyerahkan memorandum yang dicanangnya. Pihak Polis sebenarnya mempunyai bahasa yang tinggi apabila memelihara institusi Di Raja dari dari diserbu oleh sekumpulan manusia yang kelihatannya seperti kumpulan manusia yang hilang akal. Sesuailah pihak polis menyandang Polis Di Raja. Polis yang reti bahasa, tahu menilai ketinggian martabat DYMMYDP Agong.
Ingatlah, bagi orang Melayu yang berbahasa Melayu, orang yang ingkar arahan dan degil serta tidak memahami sindiran itu adalah orang yang tak reti bahasa!!!...dan Melayu yang beradab, Melayu yang berbahasa tetap menjunjung bahawa "orang berbudi, kita berbahasa".
6 comments:
Dia benci kerajaan, tu satu je, berjuta benci dia, dia tak tahu. SS, syiok sendiri...
aku bukan nak mengutuk...x yah lah nak citer panjang lebar pasal org tua bangka ni...yg nyata dia pakai t-shirt kuning Bersih...tapi sampai sekarang dok bebas bercakap...apalah bingai...tangkap jelah ..hadapi tuduhan mahkamah,kot2 habis nyawa jer dlm penjara...aman hilang satu penderhaka negara....lu org lah buang masa jer.
bek angkat pakcik dpan sogo tu ganti a.semak said nih...
sebagai insan yang berilmu ,diangkat menjadi manusia yang dihormati dikalangan manusia ,apalagi yang pakcik ini mau ......masa untuk pakcik dah hampir ke penghujungnya tuhan anugerahkan akal dan ilmu yang baik itu untuk diwarisi ,jadi wariskanlah ia sebagaimana pakcik perolehi dari seorang guru yang baik jangan pakcik kotorkan ilmu serta akal itu untuk kesudahan yang dibenci oleh manusia.
Dia sendiri kelihatan pengotor, hati dia lagi kotor.
Salam.
Si tua bangka ni harus di beri pengajaran. Dia ingat dia pandai, tapi hatinya tak bersih dan kotor bak sampah. Tak lama lagi janggut putinya itu akan bertukar menjadi KUNING kerana otaknya sudah menjadi kuning.
Post a Comment