Bersih: 500 pelajar hadapi tindakan
KAJANG - Seramai 500 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dikenal pasti menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu bakal berdepan tindakan tegas daripada pentadbiran universiti masing-masing.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bentuk tindakan sama ada ringan mahupun berat bergantung mengikut keputusan pihak universiti terbabit berdasarkan bentuk kesalahan yang dilakukan.
Menurutnya, hukuman itu bukan ditentukan oleh kementerian namun Kosmo! difahamkan hukuman membuang dan menggantung pelajar boleh dilakukan oleh pengurusan sesebuah IPT di negara ini.
S.O.S. .... |
Menurut Mohamed Khaled, pihaknya telah menerima kira-kira 500 nama daripada pihak polis dan kini sedang menyiasat sama ada nama tersebut merupakan pelajar universiti atau sebaliknya.
"Kita belum tahu 500 nama itu pelajar universiti dan universiti mana. Ia sedang diperiksa kerana jika dilihat dari sudut umur bagi nama-nama tersebut, mereka tergolong dalam kategori pelajar.
"Setelah kita tahu institusi pengajian mereka, nama pelajar itu akan diserahkan kepada pihak universiti untuk tindakan selanjutnya," jelasnya.
Sama-sama kita ikuti nanti, apakah tindakan Saifudin untuk membela budak-budak ni. Aku kesian juga kat mak bapak dia orang yang menghantar anak mereka ke IPT untuk belajar, bukan berpolitik.
3 comments:
tak perlulah kesian kepada pelajar yang sudah awal2 lagi nak jadi penderhaka kepada Kerajaan dan Sultan.
Kalau tidak dibendung lama kelamaan, universiti akan lahirrkan pengganas.
aku kesian,
aku tau dorang blajor dari kecik lagi, lepas tu dorang kena maintain result bagus. dapat result baik, kena pulak berebut ngan org lain utk tempat yang terhad. mak bapak kena cari duit utk cover blanje. tu yg aku kesian tu. dah teruk bekoban dia, mak bapak dia.bebelas tahun belajar. cuba cari jalan untuk rapat ngan dorang ni. dorng mudah tepengaruh. kita tak boleh lepaskan bakat yg ada. walaupun dorang dah besor, dorang blajor kat ipt, tapi jiwa dorang mudah terikut. idealistic tapi kalu ada org rapat dan bekawan dengan dorang ni, tak le membazir ape yg telah dibuat. jangan berhenti tengah jalan. dah banyak modal, bior bejaya. untung jugak org melayu. kalu kita buang, sampai bila pun dorang akan dendam, rugi org melayu. tambah sikit lagi pebelanjaan utk pegawai yg khusus dengan membina insan ni, terapkan nilai yg betul, semua akan beruntung. ambik jalan pendek, melayu yg rugi. sayang dorang ni, tersilap sikit aje, masih ada peluang.
Anon 9.45
Bernas cadangan anda. Saya setuju, anak muda mudah terpengaruh, mungkin kita kurang mendekati mereka. Para pemimpin mungkin memandang mereka tak bernilai kerana belum boleh mengundi, tapi merekalah yang akan menentukan kerajaan pada masa akan datang. Disuap dengan bantuan dan biasiswa mungkin belum cukup lagi.
Post a Comment