TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, August 1, 2011

BERBUKA APA HARI INI

Hari ini Bazar Ramadan sudahpun bermula. Sewaktu aku keluar ke Kulai sebentar tadi, para peniaga sudahpun memulakan jualan. Dengan cuaca yang agak baik pada hari ini, tentunya akan memberikan peluang yang baik untuk mereka yang berniaga. Cuma mungkin waktu aku keluar tadi masih awal lagi, maka sambutan orang ramai masih kurang. Biasanya sekitar pukul 5.00 petang barulah orang akan berpusu-pusu untuk mencari juadah berbuka.

Walaubagaimanapun, janganlah diikutkan sangat akan nafsu makan. Belilah sekadar yang termakan sahaja. Ingatlah, nanti lepas berbuka nak makan nasi lagi, lepas tu nanti terawih di surau ataupun masjidpun ada juadah. Jangan kerana tengok semua sedap, tanpa kita sedari akan berlaku pembaziran. 
 

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI