TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, August 1, 2011

HARIAN MALAYSIA -WADAH ORANG KECEWA

Hari ini lahir lagi satu portal berita, Harian Malaysia. Portal yang diterajui oleh Hata Wahari, orang kecewa yang berbelas tahun mengisi tembolok dengan bekerja bersama Utusan Malaysia. Kini setelah kecewa, membuka sebuah portal yang mana pada hari pertama lagi dah menunjukkan arahnya yang bukan sangat mahu menulis berita. 

Dengan barisan penasihatnya terdiri dari Nurul Izzah, Tengku Razaleigh dan Ambiga, tentu dapat kita jangka ke mana arahnya Harian Malaysia ini. Berapa tepatkah berita yang disampaikan oleh portal ini dapat kita lihat dari gambar di bawah ini sahaja. Harian Malaysia mengatakan inilah gambar terkini.

Inikah yang dikatakan gambar terkini? Apa punya wartawan laa...
Menurut Hata, setiap negeri akan mempunyai seorang wartawan bagi membuat liputan. Besar jugalah modal nak bukak Harian Malaysia ni. Kira-kira banyak jugalah Hata dapat menabung hasil bersama dengan Utusan dahulu. Biasanya wadah orang kecewa ni akan cepat dapat tempat dari para penentang kerajaan. Kita sama-sama tengok, kalau dulu dia kata Utusan bias terhadap UMNO dan kerajaan, tetapi sekarang bila sendiri dah boleh tentukan berita, ke mana condongnya Harian Malaysia, mampukah menulis berita dengan adil? Namun begitu, aku dah nampak condongnya ke mana....terlalu condong hingga dilihat hampir rebah. Ada sponsor besar ke kat belakang?



1 comment:

Anonymous said...

Biarkan..biarkan..biarkan Hata Wahari terjun denganlabu-labunya..takkan dia sampai ke tepi tebing...akan tenggelam di tengah lautan.....

ARTIKEL HANGAT BULAN INI