
Namun demikian menurutnya, apa-apa cadangan yang telah dikemukakan akan diselesaikan dahulu dan dengan berlakunya pembubaran parlimen maka dengan sendirinya jawatankuasa tersebut terbubar.
Sahihnya, esok lusa, pasti puak Pakatan Rakyat akan angin satu badan dengan kenyataan DS Najib itu. Silap-silap mereka yang bakal dilantik dari puak pembangkang akan menolak perlantikan ke jawatankuasa itu. Lepas tu, tentu lagi banyaklah tuduhan dan andaian yang akan dilemparkan kepada UMNO dan BN.
Maka dengan kenyataan DS Najib tersebut, berkampunglah semula PAS, PKR dan DAP untuk merencana apa yang perlu dikutuk pada DS Najib, UMNO dan BN nanti. Apapun, PAS dan PKR pasti akan menanti suara DAP dulu. Ini kerana DAP adalah tuan mereka. Silap-silap mereka berarak lagi selepas ini. Sama-samalah kita tengok nanti.
No comments:
Post a Comment