TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, August 19, 2011

PAKAR KUSUT MASAI

Aku paling tak faham bila Aziz Bari meminta MAIS dan JAIS memahami prinsip akauntabiliti bila tindakan JAIS terhadap DUMC dipersoalkan.
Lebih aku tak faham ialah bila Aziz Bari mendakwa MAIS dan JAIS mempergunakan nama Sultan dalam isu tersebut.

Bagi aku, bila tindakan JAIS dipersoalkan, samalah dengan mempersoalkan siapa yang menaungi JAIS. Sepatutnya sebagai pakar perlembagaan, Aziz Bari mempersoalkan tindakan mereka-mereka yang mempersoalkan tindakan JAIS. Apa yang dilakukan oleh JAIS adalah semata-mata untuk memelihara martabat Agama Islam sebagai Agama Rasmi negara yang telah diperakui dalam perlembagaan. Sebagaimana Sultan yang bertanggungjawab memastikan kehormatan dan kesucian Agama Islam dipelihara melebihi dari lain-lain agama, maka apa jua tindakan JAIS selaku pihak penguatkuasaannya untuk memastikan Agama Islam sebagai Agama Rasmi  terpelihara tidak harus dipersoalkan.

Sekiranya akauntabiliti yang dipinta, apakah tindakan JAIS tersebut biadap, ganas, menceroboh atau menghalang mana-mana penganut agama lain dari mengamalkan amalan agama mereka? Mana pula akauntabiliti terhadap agama lain yang sewenang-wenangnya cuba ingin memesongkan akidah umat Islam?

Apakah selaku badan penguatkuasaan Agama Islam, JAIS tidak boleh untuk pada bila-bila masa dari segi perlembagaan untuk menjaga dan memastikan akidah umat Islam terpelihara. JAIS datang ke DUMC bukan bertujuan unutk memeriksa penganut Kristian, mereka datang untuk memeriksa umat Islam yang berada di DUMC. Apakah ianya salah dari segi perlembagaan? Apakah salah sekiranya seorang bapa berdatangan ke rumah seseorang hanya untuk bertanya dan melihat apakah aktiviti anaknya yang dikatakan berada dalam rumah orang tersebut?

Salahkah sekiranya seorang cucu bila ditegur akan tingkah lakunya yang menurut pandangan peribadinya tidak salah, akan berkata bahawa aku adalah anak si polan dan cucu kepada si polan. Aku berbuat begini kerana kebun ini kepunyaan atok aku si polan. Begitulah juga dengan JAIS, MAIS dan Sultan!!!

Makin jelas sengetnya Prof sorang ni.

6 comments:

IBM said...

Salam bro.

Prof seko ni bukan saja senget tapi kepala otaknya dan tenget. Otak taruh kat lutut. Tak layak dia ni di panggil Prof.....

Anonymous said...

kesian dia. pakar perlembagaan jer. tang lain pakar pusing.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

W'salam IBM dan Anon,
Entah macam mana masih ada lagi yang nak dengo cakap dia ni.

ayahchik said...

Ada sesiapa yang boleh sampaikan pada aziz bari yang kata pakar perlembagaan ni tolong ulas Perkara 11 (4) dalam perlembagaan ttg agama lain tak boleh berdakwah kepada orang islam ?

akmal said...

ko kata, 'mempersoal tindakan jais sama dgn mempersoalkan tindakan penaungnya... sungguh tamil pernyataan tu bila ko kata marina mahathir nyanyuk... adakah ko sedang mengutuk pejuang bernama mahathir?? kalau jawapan ko 'ya' ko memang kurang ajar!!

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Sdr Akmal,
Lazimnya tindakan anak akan dikaitkan dengan bapa dan keluarga. Aku mengutuk tindak tanduk Marina. Itulah sebabnya aku katakan "kesian Tun M dan ahli keluarganya".

ARTIKEL HANGAT BULAN INI