TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, August 6, 2011

ISU JAIS - PEMIMPIN PAS PLAY-SAFE

Sehingga ke hari ini, belum ada seorangpun pemimpin PAS yang secara terang-terangan menyokong Hasan Ali. Semuanya senyap menikus walhal isu yang berbangkit adalah berkaitan dengan maruah Islam. Kalau berceramah di pelosok kampung, gegar dan degarnya macam merekalah juara dalam mempertahankan Islam. Bila terjadi hal begini, semua senyap. 

Semua pemimpin PAS penakut. Lebih-lebih lagi bila Kit Siang dan Teresa Kok dah bersuara. Mana rakan seperjuangan Hasan Ali? Mana pemimpin PAS yang dahulunya begitu bersyukur dengan kemasukan Hasan Ali ke dalam PAS? PAS sejak bersekongkol dengan puak Pakatan dah tak kenal kawan atau lawan. Apa yang penting masing-masing kena cari jalan lepaskan diri masing-masing dahulu. PAS hanya berani tunjuk garang terhadap Melayu sahaja, kena dengan Cina DAP terus termasuk telor ke dalam perut.

Berkat bulan Ramadan terjadinya isu JAIS ini dan jelaslah dakwaan kononnya PAS memperjuangkan Islam adalah pembohongan semata-mata. 



2 comments:

Anonymous said...

Mereka semua menerima elaun RM1000, mana bolih sound. Habis la soru mereka.

Anonymous said...

Pemimpin Pas dah jadi mangkuk keluli kot...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI