TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, August 8, 2011

KHALID GAGAP DISEKEL LAGI

Beberapa pertubuhan Islam di Selangor hari ini tampil menyatakan sokongan terhadap JAIS dan sekaligus menyatakan kekesalan terhadap Menteri Besar, Khalid Gagap yang terlalu awal mengeluarkan kenyataan bernada memohon maaf.
DAP sesesuruh aku ceccecakap macam tu, aku cecakap le..
Ini menurut mereka, Khalid tidak perlu lagi mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana siasatan terhadap isu JAIS -DUMC masih lagi berjalan dan dengan kenyataan bernada kekesalan dan maaf itu menunjukkan seolah-olah JAIS bersalah dalam hal ini.

Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyatakan bahawa dari maklumat mereka, isu ini dimainkan oleh media yang menunjukkan seolah-olah JAIS menceroboh dan terpaksa berunding sehingga satu jam dengan pihak penganjur walhal kehadiran JAIS hanyalah untuk melihat apakah terdapat orang-orang Islam yang hadir dalam majlis tersebut serta sekiranya terdapat orang Islam, ianya untuk memastikan tiada apa-apa bentuk penghinaan terhadap Islam berlaku.

Manakala Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) pula berkata, JAIS melakukan pemeriksaan bukan ketika majlis berlangsung tetapi selepas majlis berlangsung.

Kenyataan dari pemimpin-pemimpin  non-muslim yang mempersoalkan tindakan JAIS juga dikesali kerana ianya  seolah-oleh mencerminkan bahawa Islam tidak mempunyai kuasa di Malaysia ini yang mana Islam merupakan Agama Rasmi dan majoriti penduduknya adalah Islam.

Pertubuhan-pertubuhan Islam itu juga menempelak pemimpin-pemimpin parti politik yang campurtangan dalam isu tersebut walaupun ianya bukan dalam bidang tugas mereka kerana segala hal ehwal Agama Islam adalah di bawah kekuasaan Sultan. Mereka menuntut supaya kedudukan Agama Islam sebagai Agama Rasmi negara ini dihormati.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI